Thursday, March 7, 2013

Kesan Serangan Di Sabah Muncul Di Selangor


Alhamdulillah, meskipun berbalas-balas tembak di Sabah, belum lagi lagi dilaporkan kemusnahan bangunan milik persendirian, mahupun milik awam. Tambah menggembirakan ialah tiada kematian di pihak orang awam dilaporkan setakat ini.

Namun di Selangor telah adalah tunggul bangunan (lihat foto atas), ekoran dari penamatan khidmat kontraktor binaan yang membina bakal ibu pejabat baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kalau menurut lakaran artis, ibu pejabat baru PKNS atau Laman PKNS bakal menjadi mercu tanda baru di bandaraya Shah Alam adalah seperti imej di bawah.


Menurut maklumat dari mereka yang berada dalam sektor pembinaan, Kesuma Murni Sdn Bhd yang menjadi kontraktor mendirikan Laman PKNS, telah ditamatkan kontrak mereka.[Kisah Kesuma Murni klik SINI].

Khabarnya dalam tempoh yang singkat dan tergesa-gesa, PKNS telah memanggil 10 kontraktor untuk membuat cadangan dan sebutharga untuk meneruskan projek yang terbengkalai ini. Tarikh tutup pelawaan dikhabarkan pada Isnin 11/3/2013.

Tambahan pula, kalau projek tidak disegerakan, maka ia akan kelihatan seperti tunggul tinggalan perang yang dalam krisis di Lahad Datu dan Semporna, tidak kelihatan sama sekali tunggul tinggalan perang yang sedemikian. Maksudnya, ini adalah maruah Pakatan Rakyat, khususnya PKR.

Sebagai rakyat Selangor, saya berhak untuk memberikan pandangan. Rasanya, adalah lebih molek kalau PKNS menyerahkan projek tersebut kepada anak syarikatnya Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC). Hal ini memandangkan, teras perniagaan SIC sendiri ialah pembekal bahan binaan dan punya lesen dalam pembinaan. 

Apa salahnya jika SIC diberi peluang demi mendedahkan pengalaman warga kerja SIC dalam pembinaan.Tambahan pula dengan kedudukannya sebagai pembekal bahan binaan, maka mudahlah segala urusan. Jika tidak pun, SIC bakal terbeban kerana kontraktor sebelum ini pun pasti mendapat kemudahan kredit dari SIC. Berapa agaknya hutang tertunggak Kesuma Murni kepada SIC?

Atau mungkin PKNS telah diarahkan oleh kepimpinan negeri supaya mengambil kontraktor selain SIC kerana almaklum, maka terbukalah ruang untuk mendapat dana PRU13?

No comments: