Petang tadi, saya telah meninjau tapak pembangunan projek berkenaan dan hasilnya adalah sperti foto-foto berikut:-
Papantanda projek |
Imej paparan tempohmasa projek |
Progres projek untuk fasa 1 |
Dari paparan gambar di atas, apakah fasa 1 yang sepatutnya siap pada 20/11/2011 adalah mengikut jadual. Tinjauan yang dibuat petang tadi, tidak menunjukkan sebarang aktiviti di tapak berkenaan.
Maklumat terbaru yang diberikan kepada saya pada petang tadi, penganugerah tender ini juga melibatkan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali. Khabarnya, setiap kertas cadangan tender adalah melalui sebuah jawatan kuasa yang diketuai oleh Azmin Ali.
Melalui carian di laman web PKNS, tidak ada sebarang info yang melibatkan Azmin di dalam organisasi PKNS. Walaubagaimana pun petikan di bawah ditemui di portal KL-Today dan juga boleh dilihat di Selangorkini.
Jika benar dakwaan penapisan tender dilakukan diperingkat jawatankuasa kerja, apakah mampu untuk Lembaga PKNS untuk menolak cadangan ketua parti peringkat negeri? Maka inilah juga yang bakal dihadapi oleh MB Kedah Azizan Razak yang perlu melalui jawatankuasa Pemandu.
No comments:
Post a Comment