Sunday, March 4, 2012

"Selagi Najib mendirikan solat, dia tak boleh diperangi" - Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

"Tokoh ulama abad ke-7 Hijrah, Imam Nawawi ketika menghuraikan hadis sahih ini meletakkannya di bawah tajuk Bab Wajib Mengengkari pemerintah-pemerintah dalam perkara yang bercanggah dengan syarak dan tidak memerangi mereka selagi mereka solat," katanya Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri (Setiausaha Dewan Ulamak PAS.

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Mempertahankan kerajaan Islam merupakan tanggungjawab beragama dan satu jihad, manakala mereka yang bertindak mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam dibimbangi termasuk dalam mati sebagai mati jahiliyyah.


Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Katanya, kebimbangan mati sebagai mati jahiliyyah itu selaras dengan peringatan Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud; "Sesiapa yang mati sedangkan tiada di tengkuknya sebarang bai'ah (janji setia terhadap pemerintah Islam) maka dia mati sebagai mati jahiliyyah".


Beliau berkata, pemerintah dalam Islam merupakan pengganti kepada Nabi s.a.w. bagi menggalas tugas menegakkan agama dan mentadbir negeri dan negara berlandaskan prinsip dan dasar agama yang menekankan konsep ihsan, keadilan dan kebajikan.

Menurutnya, kerajaan dan pemerintah yang melaksanakan amanah kepimpinan mesti ditaati dan dipertahankan sepertimana firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud; "Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan kamu".

Katanya, oleh itu, ahli-ahli PAS digesa berbai'ah dan mempertahankan kerajaan Islam dan menegur kemungkaran pemerintah sekiranya berlaku dengan hati dan lidah mereka.

"Ia merupakan dua kewajipan beragama yang perlu dilaksanakan oleh umat beriman," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Berasaskan kaedah itu, menurutnya, wakil-wakil rakyat PAS, sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan dasar pemerintahan Islam, tidak boleh mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam, tetapi kewajipan mereka membuat teguran dan mengengkari pemerintah sekiranya sabit dan terbukti berlaku kesilapan dan tindakan yang bercanggah dengan syarak.

Katanya, pemerintah yang menyeleweng dan melakukan kesalahan menurut hukum syarak perlu diengkari menggunakan hati dan ditegur menggunakan lidah, tetapi bukannya dengan menentangnya secara bersenjata selagi dia menegakkan solat dan tidak ternyata padanya kekufuran yang nyata.

Hal itu, tegasnya, dijelaskan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Akan ada pemerintah-pemerintah, lalu kamu kenali mereka dan kamu engkari (kesilapannya). Maka sesiapa yang mengengkari (membenci dengan hatinya) dia terlepas dan sesiapa yang mengengkarinya (dengan lidah) maka dia selamat. Tetapi yang redha dan menurut sahaja (dia tidak terlepas dan selamat). Para sahabat bertanya, bolehkah kita memerangi mereka (dengan senjata). Tegas baginda; tidak boleh selagi mereka solat".

"Tokoh ulama abad ke-7 Hijrah, Imam Nawawi ketika menghuraikan hadis sahih ini meletakkannya di bawah tajuk Bab Wajib Mengengkari pemerintah-pemerintah dalam perkara yang bercanggah dengan syarak dan tidak memerangi mereka selagi mereka solat," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri.

Malah, tegas beliau, menegur pemerintah Islam dengan lidah dikira sebagai jihad yang paling afdhal sebagaimana sabda Nabi s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik jihad di sisi Allah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim".


6 comments:

Anonymous said...

Kalau itu macam, haramkah terus pilihanraya umum dan pemilihan parti.

Anonymous said...

Rencana tersebut memang ada kebenaran nya. Penulis tidak pernah sentoh langsung akan kerja2 yang baik di buat oleh pemerentah untok rakyat jelata. PAS pernah di berikan peluang oleh Dia untok memerentah Terengganu..nampak nya tidak berjaya. Justeru itu di tukarkan balik kapada BN. Sekarang Kelantan di berikan masa yang agak panjang untok PAS membuktikan kebolehan mereka...agak nya nampak kurang memuaskan. Begitu juga dengan Kedah, Selangor dah Peang.Jika keputusan PRU 13...memehak kapada BN...harap2 jangan lah PAS tidak dapat menerima keputusan tersebut. Terima lah ketentuan Dia dengan hati yang lapang.
Begitu juga pada BN..gunakan lah peluang yang telah di berikan dengan memerintah dengan adil lagi cekap.

Anonymous said...

Kah kah kah rupa-rupanya apa yang aku baca diatas adalah cerita pak pandir yg di cedok dari hikayat 10001 malam.

Pemerintah yg sebat duit rakyat ( negara) dan melakukan pelbagai penyelewengan tidak boleh ditentang hatta melalui peti undi.....patutlah BN boleh buat apa sahaja, rupanya ada ular dalam semak yang begitu bodoh untuk mentafsirkan hadis.....ho..hoo.

Anonymous said...

mengantuk laaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

anon March 4, 4.59

Jangan tuduh saja... tunjukkan bukti kata dia orang ni kebas duit negara.... lepas tunjukkan bukti... bagi penjelasan rapi pasal hadis tersebut ....

Anonymous said...

oooooiii anon 7:28 PM,
wat hangpa ni bengap sangat, kan lapuran audit negara membuktikan segalanya....

Yang sebenarnya inilah bezanya pengundi Melayu dengan pengundi Cina, Cina mengambil berat tentang penyelewengan wang negara tetapi Melayu buat doooono je....