Friday, March 9, 2012

Tuduhan Ketirisan RM500 Juta Dalam Yayasan Selangor Rupanya Sengaja Dibuat Oleh Ilham Marzuki Untuk Elak Tindakan Dari Maharaja Teng Chang Khim

Berdasarkan video sessi pendengeran awam SELCAT, rupanya apa yang dikatakan berlaku penyelewengan dalam Yayasan Selangor untuk tempoh 1991-2007 hanyalah serkap jarang Pengurus Besar sekarang Ilham Marzuki.

Tonton video di bawah dan nilaikan sendiri.


Secara keseluruhannya Ilham telah dipuji oleh Pengerusi SELCAT kerana kebanyakan audit findings telah duly rectified, walau pun sekadar melalui jawapan lisan tanpa dokumen. Cuma bab pembayaran bonus, sesuatu yang terlalu mustahil untuk dikutip semula. Jadi dalam bab ini maka Pengerusi SELCAT akan membuat syor kepada MB Khalid Ibrahim untuk membuat ratification dalam memperbetulkan kesilapan Ilham sebagai Pengerus Besar Yayasan Selangor?

Satu soalan kepada SELCAT - apakah boleh dipercayai pendapat seorang yang telah ternyata banyak dikesan kesalahan pengurusan melalui audit findings? Pada saya Ilham tidak layak untuk membuat serkap jarang terhadap pengurusan yang terdahului, walhal diri sendiri banyak tidak mematuhi peraturan audit.

Kesimpulannya tuduhan serkap jarang ketirisan RM500 juta dalam Yayasan Selangor menjadi penampan kepada diri dari dikenakan tindakan oleh Teng Chang Khim! Siut betul, tegak-tegak rakyat ditipu dalam sessi pendengaran awam.

1 comment:

Anonymous said...

Rakyat malaysia sekian,,,,

Inilah mahkamah kerjaan PR,,berhujah tanpa bukti, hakim atau pengerusi yg dungu,,,,kalau la kes c kepala keretapi dibicara mcmni la,,,cnfm depa kata najib x betol,,,x pernah lg sya jumpa, dlm mana2 perbicaraan,perdebatan,penyelesaian dihujah tanpa bukti yg kukuh, hanya secara lisan,,wowowoo lau mcmni la cara siasatan d buat, mmg la mlysia ni lg la rmai penyangak harta rakyat,,,mana dokumen yg mmbuktikan bahawa hujahan anda berasa(cardinal dokumen),, sudah2 la tipu rakyat, kalau btl nk ketulusan, hanya mahkamah sbnr sahaja yg blh menentukan,,,apa la lembu pun cerdai dr PR ni,,,,