Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin menunjukkan ketidakcerdikan dirinya. Baginya, Dr Hasan Ali diibaratkan sebagai 'Si Luncai Dengan Labu-Labunya'.
Tidakkah dia tahu bahawa dari cerita rakyat, Si Luncai telah selamat mendarat ke tebing bila terjun dengan labu-labunya? Kalaulah Dr Hasan mendengar kata-kata Abu Bakar, pasti terguling-guling beliau tertawa melihat kebodohan bekas rakannya itu.
Dengar betul-betul apa yang dikatakan oleh Abu Bakar dalam video di bawah;
Berikut pula ialah petikan cerita rakyat Si Luncai:-
Maka kata Si Luncai, wahai encik pertanda, mintalah hamba sebiji labu air hendak hamba peloki, seolah-olah ganti ibu hamba, kerana hamba hendak mati ini, bolehlah hamba marifatkan hamba mati bersama-sama dengan ibu hamba. Maka jawab pertanda itu, baiklah. Kerana ia pun belas juga melihatkan orang yang telah tentu mati itu, lalu disuruhnya ambil labu air tempat bekalan mereka didalam perahu itu, yang besar sekali, seraya dikeluarkan dan diuraikan ikatnya lalu diberikan labu itu kepada Si Luncai.
Maka dipeluk oleh Si Luncai, lalu menangislah ia dengan amat sangatnya di tengah-tengah perahu itu. Kemudian lalu ia berkata kepada segala pertanda itu, katanya ya mamak pertanda, hamba melihat tuan hamba berkayuh itu terlalulah kasihan di hati hamba oleh terlampau penatnya. Jika begitu, ada suatu nyanyi supaya boleh membuat pelalai berkayuh itu, kita perbuat beramai-ramai. Maka jawab pertanda itu, apa dia? Luncai, pelalai itu? Maka kata Si Luncai, buatlah demikian. Si luncai terjun dengan labu-labunya, jawabnya biarkan, biarkan. Maka pertanda itu semuanya membuatlah seperti yang diajarkan oleh Si Luncai itu beramai-ramai. Si Luncai terjun dengan labu-labunya! Biarkan, biarkan. Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan.
Maka dengan hal yang demikian bernyanyi itu bersahut-sahut, Si Luncai pun terjunlah sungguh kedalam sungai seraya menyelam. Maka pertanda jurumudi itu beberapa kali telah menyatakan, Si Luncai sudag terjun dengan labu-labunya kedalam air, tetapi oleh sabor dengan nyanyinya itu tiadalah siapa yang menghiraukan. Kemudia lalu berkatalah pula jurumudi dengan bengisnya, hai kamu sekalian anak perahu, cubalah lihat kebelakang, Si Luncai sudah terjun.
Maka barulah masing-masing menoleh keburitan perahu. Sesungguhnya campaklah Si Luncai sudah terdiri ditepi tebing sebelah kiri sungai. Wah apatah lagi. Bergopogopohlah masing-masing mengayuh perahu mendapatkan Si Luncai kedarat, lalu ditangkapnya.
Baca versi penuh [klik Si Luncai]
No comments:
Post a Comment