"Kalau kita buat janji lepas tu tinggal, maka malulah kita dari segi tugas yang kita lakukan. Kalau perjanjian tak ditunaikan maknanya rating negeri itu akan jatuh kerana tak menghormati perjanjian," - Khalid IbrahimDiatas adalah ungkapan MB Selangor TS Khalid Ibrahim dalam mengulas kemungkinan MoU penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang telah ditandangani oleh Kerajaan Negeri Selangor bersama Kerajaan Persekutuan, akan dibatalkan jika berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri, ekoran desas desus mengatakan DS Anwar Ibrahim akan menjadi MB Selangor selepas PRK Kajang.
Kenyataan tersebut ternyata berlawanan dengan pendirian Anwar yang mengatakan MoU bukanlah perjanjian yang mengikat dan tidak boleh dibatalkan.
Semalam, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan menghantar utusan yang terdiri dari Tan Kok Wai (DAP), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) dan Saifudin Nasution Ismail untuk mendapatkan penjelasan dari Khalid berhubung MoU berkenaan, disamping untuk menyampaikan amanat supaya Khalid tidak tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor.
Hari ini, Anwar menerima tamparan dari Pengarah Eksekutif Institut Rakyat (institut penyelidikan milik PKR), Khairul Azwar Ahmad Tajuddin (melalui rencana tulisannya di TMI) membuat pendirian menyokong MoU yang telah ditandatangani oleh Khalid bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Khairul Azwar yang pernah mengorbankan jawatannya sebagai Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, malah memilih untuk bersama Anwar, cenderung untuk mengenepikan persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh Anwar atas perkara-perkara berikut;
- Kenapa kerajaan Selangor bersetuju hadir ke majlis menandatangani MoU secara mengejut yang diuruskan oleh Pejabat Perdana Menteri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pimpinan PKR ataupun PR?
- Kenapa terlalu lama masa diambil untuk mendedahkan kepada awam dokumen MoU tersebut secara keseluruhan yakni bertentangan dengan prinsip ketelusan dan kebebasan maklumat yang menjadi amalan kerajaan negeri?
- Kesahihan MoU ini kerana ditandatangani tanpa diperhalusi terlebih dahulu dan diluluskan di mesyuarat Exco negeri?
Sebelum ini, kami di blog Akar Umbi telah menyemak MoU berkenaan dan mendapati bahawa Kerajaan Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad bakal memperolehi lebihan tunai yang dianggarkan RM30 juta dari transaksi penstrukturan semula tersebut, baca SINI.
Perkara ini turut diakui oleh Khairul Azwar dalam rencananya, jadi apa lagi yang Anwar mahu?
No comments:
Post a Comment