Dalam keghairahan yang dikuasai oleh rasa marah dan geram, Rafizi Ramli cuba menonjolkan kebodohan MB Selangor TS Khalid Ibrahim berhubung MoU penstrukturan industri bekalan air yang ditandangani antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan, namun yang terserlah ialah kebodohan dirinya sendiri.
Kebodohan terserlah apabila mengandaikan jumlah tawaran pampasan kepada pemegang konsesi air berjumlah RM11.65 bilion dan bukannya RM9.65 bilion seperti yang didakwanya dalam blognya [SINI], yang petikan adalah seperti berikut;
"Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi selain dari tawaran sedia ada Kerajaan Selangor (melalui KDEB) yang berjumlah RM9.65 bilion itu. Artikel 4(iii) juga perlu dibaca bersama dengan Artikel 4(i) yang menyentuh mengenai tawaran asal dari KDEB berjumlah RM9.65 bilion.
Ringkasnya, Kerajaan Persekutuan memberi persefahaman bahawa untuk mendapatkan persetujuan dari pemegang konsesi sedia ada, peruntukan tambahan sebanyak RM2 bilion akan digunakan untuk mengambilalih ekuiti pemegang konsesi. Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi, menjadikan jumlah bayaran pampasan kepada pemegang konsesi bukanlah RM9.65 bilion tetapi RM11.65 bilion (termasuk RM2 bilion tambahan)".KDEB Perolehi RM30 Juta Dari Kerajaan Pusat.
Barangkali Rafizi hanya membaca setakat artikel 4(iii) MoU berkenaan (yang turut didedahkan oleh dalam blog milik Rafizi), walhal sub-artikel (iv) turut memperincikan pecahan yang membawa kepada harga pampasan RM9.65 bilion.
Baca kandungan sub-artikel (iii) dan (iv) di bawah;
(iii) selain daripada tawaran KDEB, Kerajaan Persekutuan melalui PAAB akan menyediakan peruntukan sejumlah RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam urusan pengambilalihan ekuiti Syarikat-Syarikat Konsesi Air. Sebagai balasan, Kerajaan Negeri Selangor akan menyerahkan kepada PAAB “unencumbered” aset-aset air, atau ekuiti dalam Water SPV milik KDEB,(tertakluk kepada peratus ekuiti maksimum 30%), atas opsyen PAAB, pada nilai RM2 billion;
(iv) serentak dengan pengambilalihan Syarikat-Syarikat Konsesi Air oleh KDEB, jumlah pinjaman dan bon sebanyak RM7.68 bilion akan diambilalih oleh PAAB sebagai bayaran (consideration) untuk pemindahan “unencumbered” aset-aset air,atau ekuiti dalam Water SPV milik KDEB (tertakluk kepada peratus ekuiti maksimum 30%), atas opsyen PAAB, pada nilai yang sama di bawah Syarikat-Syarikat Konsesi Air;Jika dicampurkan antara pendahuluan RM2 bilion dengan pengambilalihan oleh pinjaman dan bon berjumlah RM7.68 bilion, bermakna kerajaan pusat melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyediakan dana RM9.68 bilion kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Berbanding jumlah tawaran pampasan RM9.65 bilion kepada pemegang konsesi, KDEB meraih lebihan RM30 juta dari dana yang disediakan oleh kerajaan pusat untuk transaksi berkenaan.
Transaksi Dibiayai Rakyat
Adalah sukar disangkal bahawa industri air memerlukan bantuan kerajaan. Dalam kes bekalan air di Selangor, sebelum ini pengendalian operasi bekalan air di Selangor dibawah tanggungjawab Jabatan Bekalan Air Selangor.
Penswastaan hanya bermula pada pengendalian loji atau empangan untuk membekalkan air terawat, sementara soal pengagihan air ke kediaman dan peremis terus dijalankan oleh JBA.
Perlu diingat bahawa penswastaan operasi pengagihan bekalan air bermula bukan secara terus diserahkan oleh JBA kepada Syabas. Sebaliknya, ia adalah melalui tepoh percubaan selama 2 tahun yang dipertanggungjawabkan kepada Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), iatu pada 2002 - 2004.
Difahamkan bahawa untuk tempoh tersebut, PUAS tidak mendapat geran dari kerajaan negeri hinggakan PUAS terpaksa menggunakan wang rezab deposit pengguna untuk membayar kakitangannya. Ini menunjukkan bahawa kos operasi yang tinggi dan memerlukan bantuan geran tahunan dari kerajaan.
Dari situlah timbullah kesungguhan untuk meminimumkan NRW (non-revenue water) dan Syabas yang dipertanggungjawab dalam pengagihan bekalan air harus menurunkan NRW ketahap terendah untuk mendapat keuntungan. Dalam konteks ini, sekurang-kurangnya Syabas adalah pioneer dalam mengurang perbelanjaan kerajaan (wang rakyat menurut pandangan Rafizi) untuk operasi bekalan air di Selangor.
Proses pengambilalihan KDEB terhadap keseluruhan operasi bekalan air di Selangor, sewajarnya diambil kesempatan oleh PR untuk membuktikan bahawa mereka lebih efisien dan kompeten dari Syabas, disamping mengurus dengan keinsafan bahawa keseluruhan modal datangnya dari rakyat.
Jadi apa lagi yang perlu diperpanjang dan dipersoal oleh Rafizi?
Air Jadi Senjata Bagi PKR
Apabila Rafizi menulis,
"Kerajaan Selangor seolah-olah melepaskan satu-satunya senjata yang ada untuk berdepan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Projek Langat 2 tanpa mendapat apa-apa komitmen yang mengikat dari Kerajaan Persekutuan,"dengan sendiri membawa maksud betapa busuk hatinya PKR yang menggunakan projek bekalan air sebagai senjata tanpa menghiraukan kepentingan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putra Jaya.
Air adalah keperluan asas rakyat, jadi tidak sepatutnya menjadi alat tebusan yang boleh memudaratkan rakyat. Maka ini bermakna adalah tindakan zalim kepada rakyat, jika Rafizi berbuat demikian.
Momokan Rafizi
Seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin PR, Rafizi tidak terkecuali menakut-nakutkan rakyat. Umum mengetahu PR sering menuduh BN membawa bentuk politik ugutan, seperti dakwaan BN menakut-nakutkan rakyat yang 13 Mei akan berulang, jika PR memerintah negara.
Namun sebenarnya PR yang mengamalkan bentuk politik berkenaan. Penstrukturan industri bekalan air Selangor didakwa akan menaikkan tarif air, seperti juga dengan tuduhan kadar tol akan naik mulai Januari 2014. Sebaliknya, telah pun memasuki Mac 2014, tiada pula kedengaran kadar tol dinaikkan setakat ini.
Umpama dipakaikan skirt kepada Pengarah Strategi PKR itu, kalau disingkap skirtnya, yang kita akan nampak hanyalah telur Rafizi!
1 comment:
Soalannya...ada tlor ke mamat jambu tu? Hanya Anuar yg ada jawapannya.
Post a Comment