Sunday, October 21, 2012

Bas Khalid Ibrahim Dah Rosak - Anwar Terpaksa Naik Van Penjual Ubat

Anwar berucap lagak penjual ubat di parkir Hypermarket Econsave

Petang tadi Anwar Ibrahim datang ke Pelabuhan Klang. Kali ini Anwar tidak naik bas Jelajah Merdeka Rakyat. Rasanya, bas itu dah rosak seperti juga lori-lori sampah RM14.5 juta yang dibeli oleh Khalid Ibrahim.

Almaklum brand pun sama, jadi kemungkinan itu tidak boleh ditolak.

Anwar memang berhajat jadi PM dan mahu diescort macam PM. Untuk itu, Khalid Ibrahim telah arahkan penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang untuk iringi konvoi Anwar.

Lagi satu yang menarik tentang kaedah kempen terbaru Anwar ialah kaedah si penjual ubat. Lokasi yang dipilih ialah di tapak parkir hypermarket dan pasang khemah. Mudah cakapnya, Anwar harapkan pengunjung-pengunjung hypermarket untuk singgah di khemah yang disediakan.



Seorang anak muda membisikkan sambil bertanya kepada saya "Apakah ini standard bagi Anwar yang diuar-uarkan sebagai mempunyai pengikut yang ramai? Kehadiran cuma ratus bukan ribu."

"Inilah kaedah terbaru Anwar yang semakin kehilangan pengaruh. Kaedah Si Penjual Ubat dan touch & go. Datang berucap taksampai sejam, kemudian lari," balas saya kepada anak muda tersebut. Khabarnya Anwar selepas di Pelabuhan Klang, bergerak ke Klang Utama (Kapar) dan Ijok (Kuala Selangor).

Sebenarnya itulah masalah yang dihadapi Anwar iaitu semakin kehilangan aura dan pengaruh.

Sementara itu, blog Jawa Bernam ada liputan lawatan Anwar di Ijok. Sambutan pun lebih kurang di Pelabuhan Klang. [Baca SINI]

2 comments:

Anonymous said...

dah mcm gores dan menang plak dah yg melepak ditiap2 pasaraya.. janji dapat itu dapat ini tapi... hampehhh kena kencing..rosak betul la nuar ni

Dot said...

AU,

mujurla ada pengunjung hypermarket tuh!!!