Friday, September 26, 2014

Sudah Ketahap Penghinaan Kepada Ulamak PAS, Hinggakan Lulusan Timur Tengah Pun Tidak Layak Jadi Exco Agama Di Selangor


Malang sungguh PAS apabila lulusan agama pun tidak diiktiraf sebagai berkelayakan untuk ditimbangkan menjadi Exco Agama di Selangor.

Perlu diketahui bahawa antara 4 Exco PAS yang berkhidmat semasa regim Khalid Ibrahim, 3 adalah profesional iaitu Iskandar Samad (Arkitek), Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah (Doktor Perubatan), serta lulusan pengajian Islam universiti Timur Tengah, Sallehen Mukhyi.

Dalam tempoh 6 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, belum ada lagi seorang pun Adun PAS menghabiskan keseluruhan penggal mereka hingga ke tarikh pembubaran dewan.

Dato' Dr Hasan Ali misalnya, hanya dapat bertahan kurang 4 tahun selepas disingkirkan dari PAS diawal 2012 sementara Sallehen pula lebih malang kerana sekadar bertahan kurang setahun setengah, bila digugurkan hari ini.

Mungkin untuk menutup gerakan menghina ulamak dalam Pakatan Rakyat, Dr Halimah turut digugurkan. Dengan pelantikan yang berkurangan satu kepada PAS untuk jawatan exco, Iskandar dan Dr Yunus kekal, tetapi muka baru Zaidy Abdul Talib yang berkelulusan sarjana muda sains (fizik) telah diketengahkan.

Jika portfolio agama kekal diberikan kepada exco dari PAS, bermakna ia bakal disandang oleh yang bukan dari lulusan agama. Atau pun, mungkinkah MB Selangor Azmin Ali sendiri akan mengendalikan portfolio, yang telah pun menunjukkan 'skill'nya bila mengimamkan solat Zohor di kampungya, Kg Klang Gate Baru, sejurus dilantik sebagai MB, Isnin lalu?

Sebenarnya sejak awal September 2013, blog Akar Umbi telah meramalkan nasib Presiden PAS DS Abdul Hadi akan menjadi bagai 'melukut di tepi gantang' (Baca SINI), apabila KeTum PKR DS Anwar Ibrahim memperlihatkan kecenderungannya bukan fokus terhadap tekanan penggulingan Ikhwanul Muslimin di Mesir, sebalik lebih meneladani pertukaran regim di Tunisia.

Pertukaran regim di Tunisia dipelopori oleh An-Nahdah, gerakan Islam yang dipelopori oleh profesional dan cendiakawan yang bukan dari golongan ulamak.

Malah ketika Muktamar PAS Pusat di Johor minggu lalu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagai menyahut seruan Anwar, menyebut betapa keperluan PAS mencontohi kejayaan An-Nahdah di Tunisia dalam ucapan penggulungannya. Kenyataannya itu adalah sebagai jawapan terhadap polemik ' kepimpinan ulamak' yang dibahaskan oleh puak Anwarinas dengan puak pro ulamak, sepanjang muktamar berlangsung.

Anwar bagai menyusun pengguguran 'Islamic Scholar' dari pentadbiran Selangor, apabila awal-awal pagi sebelum pengumuman barisan exco baru diumum, menyiarkan artikel bertajuk 'Political Islam & Post-Islamism Era' tulisan Setia Usaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz di blog peribadi miliknya.

Artikel berkenaan, meskipun menyebut secara umum, namun adalah sukar menolak untuk mengatakan bahawa ia adala seruan kepada PAS supaya beranjak dari kedudukan yang sedia ada, dari bergantung dengan ulamak kepada bergantung kepada profesional yang lebih progresif.

Jelas terbukti akhirnya, pengumuman barisan exco yang dibuat oleh Azmin adalah menepati hasrat dan kehendak Anwar, apabila tidak memasukkan wakil 'golongan ulamak' Sallehin dalam pentadbiran baru di Selangor.

Sesungguhnya tindakan adalah melampau, seolah-olah meletakkan ulamak ke tahap yang paling hina, hingga tidak layak memegang portfolio agama di Selangor.

Walau bagai mana pun ini adalah langkah pertama dan kita bakal melihat langkah-langkah seterusnya, samada dari Anwar, Mat Sabu dan Lim Guan Eng.

Untuk setakat ini, mereka boleh merayakan kejayaan awal mereka, seperti dipaparkan oleh Mat Sabu dan Guan Eng dalam foto atas.

5 comments:

Anonymous said...

Patutlah dengan apa yang berlaku..

Tidak ada sesiapa yg menghina sesiapa, kecuali merekalah sendiri yang menghina diri mereka sendiri !!

Tidakkah anda pernah mendengar ucapan atau kenyataan sallehen mukhyi tentang umno??benci sangat dia dengan orang melayu yang sebangsa dengannya dan sekiblat juga dengannya itu dari kalangan mereka yang memilih wadah perjuangan dalam umno .. dia lebih rela bersekongkol dengan mereka yg menyembah berhala, bahkan rela menjadikan diri diri mereka baghla dan keldai untuk ditunggang oleh Ketuam Al Juburit dan musyrikin DAP...

Sepatutnya dia yang memimpin Selangor, tetapi dengan ketentuan Allah dia tidak lebih baik daripada Elizabeth Wong !!!

Anonymous said...

Minta Azmin Ali menjadi imam ketika solat Maghrib, Isyak dan Subuh.

Anonymous said...

permainan pas dalam pakatan mudah ditelah dan diekori keputusan yg dibuat, jika dalam pkr tukang stratejik gagal merancang menaikkan presiden menjadi MB baru, alahai apalah yg ada dalam kepala hotak pemimpin pas....habuk

hinaan berterusan selayaknya diterima kepada pas sebagai ubat bisa serangan peribadi berterusan kepada umno dan umat islam, namun muka2 tembuk batu mana ada rasa malu presiden, dan semua pucuk kepimpinan pas, mereka dilahirkan seolah2 menjadi manusia extrim agama dengan menjual modal politik.

apa guna berpolitik bertahun2 tapi kekal bodoh tak reti menilai peluang dan ruang untuk berkuasa, pas bolih dengan banyak cara menjadi dominen dalam krisis ciptaan pkr diselangor. dilihat masa dan jalan pilihan pas serupa pondan tua cuma mampu bertelagah sesama sendiri hinggakan kesempatan emas digadaikan oleh rakan2 pakatan yg bersengketa. PAS selamanya syuk sendiri dengan main telor, pas telan liurlah, bermimpilah bersemayam diputera jaya dan jika pembangkang berkuasapon pas cuma layak tukang buka tutup pintu mahkota puterajaya.

mae said...

Nama jawatan "exco agama", bukan Exco agama Islam. Bawah pkr, boleh aje jadi Exco Sekular atau Exco pluralisme. Kalau jatuh bawah dap, jadi exco kristian.

Anonymous said...

Beri je exco tu kat Eli Wong. Cina skrg lg pandai agama banding Melayu