Thursday, September 25, 2014

Masakan Dapat Selindung Wajah Di Sebalik Lengan, Walhal Memang Berpakat Dengan DAP & PKR Nak Jatuhkan Hadi Awang


Sejurus Azmin Ali menerima sepucuk surat yang memperkenannya sebagai MB Selangor oleh Sultan, DAP melalui Lim Guan Eng terus membuat kenyataan menyokong Azmin dan pada masa yang sama melabelkan 4 Exco PAS yang meneruskan perkhidmatan dalam kerajaan sementara Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

Maka terkial-kiallah exco-exco berkenaan menjawab, walhal mereka bertindak atas arahan parti, malah sempat juga Sallehin Mukhyi dan Iskandar Samad menempelak kenyataan Guan Eng.

Dalam pada itu dari Guan Eng sendiri dan juga dari kenyataan Anthony Loke, menjelaskan bahawa itu adalah pendirian bersama DAP.

Justeru kenyataan itu adalah mewakili DAP, bermakna kenyataan itu adalah serangan secara langsung terhadap PAS.

Begitu juga dengan 2 kenyataan berturut dari Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin yang mencadang kepada Azmin supaya mengurangkan perutukan jawatan exco kepada PAS dengan alasan kegagalan parti berkenaan menuruti cadangan PKR dan DAP yang hanya mencadang nama tunggal, Wan Azizah Ismail.

Kemudian, dituruti pula tuntutan maaf oleh Zuraida keatas Presiden PAS Hadi Awang terhadap kenyataan-kenyataannya yang memperkecilkan kebolehan Wan Azizah.

Serangan demi serangan yang ditujukan kepada PAS kalau diperhalusi terjemahannya, sebenarnya adalah bentuk tekanan untuk menjatuhkan Hadi dari jawatan yang disandangnya.

Bab perlantikan exco, perlu diakui adalah kuasa Azmin sebagai MB.

Jika Hadi dijatuhkan, maka mudahlah DAP dan PKR merencana perancangan mereka, kerana dalang-dalang mereka dalam PAS telah siap sedia untuk beraksi sekadar menjadi 'pak turut' dalam Pakatan Rakyat.

Bagi Hadi pula, bukanlah sukar untuk mengenal pasti pemimpin-pemimpin PAS yang wala' melebihi kepada Guan Eng dan Anwar Ibrahim berbanding dengannya, sebab mereka ini hanya menyelindung wajah disebalik lengan ketika berbaiah dengan kedua-dua tokoh pembangkang berkenaan.

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Itu bukan mat sabu..tak boroi, tak selekeh..