Monday, September 22, 2014

Pilihan Terakhir - Gabungan Hadi Awang & Azmin Ali Gempur Anwar Suami Isteri & Anak Beranak


Hanya dalam tempoh 24 jam, MB Selangor akan diumumkan dan seterusnya mengangkat sumpah jawatan pagi esok di Istana Alam Shah, Klang.

Dalam hubungan itu, Tuanku Sultan akan menggunakan kuasa eksekutif baginda yang sememangnya ujud menurut perkara 50 dan perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 dan seterusnya memperturunkan kuasa baginda kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh seorang Menteri Besar.


Perlu diingatkan bahawa perlantikan MB Selangor untuk tempoh 1948 - 1959 bukanlah melalui pemilihan dikalangan Adun, sebaliknya perlantikan itu adalah dari kalangan pegawai-pegawai kerajaan.

Hanya selepas pilihan raya negeri diperkenalkan pada tahun 1959, barulah perlantikan dibuat oleh Sultan, tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.


Azmin Ali telah pun dikatakan mengadap Sultan secara berasingan dengan 2 lagi Adun PAS iaitu Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus, yang apa disifatkan sebagai 'temuduga' untuk jawatan berkenaan.

Walau pun Azmin dikatakan mempunyai peluang yang melebihi dari 2 Adun berkenaan, namun Azmin kini mendapat tentangan dari PKR.

Semalam, seteru Azmin dalam pemilihan Timbalan PKR, Saifudin Nasution Ismail, atas kapasitina sebagai Setia Usaha Agong memerangkap Azmin dengan kenyataan  bahawa PKR tetap berpegang kepada pendirian asal, iaitu hanya mengemukakan calon tunggal, DS Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan tersebut.

Kemudian ia dikuti oleh kenyataan berterus terang Naib Presiden PKR Tian Chua seperti yang dilaporkan oleh M-Star yang menyebut PKR tidak menyokong Azmin Ali.

Oleh yang demikian, jika Azmin ingin meneruskan hasrat untuk mentaati perkenan Sultan jika dilantik sebagai MB, maka pilihan terakhirnya ialah bergabung dengan DS Abdul Hadi Awang, disamping membawa penyertaan sekurang-kurangnya 3 Adun PKR, untuk menggempur Anwar Ibrahim suami-isteri dan anak beranak.

No comments: