Monday, September 22, 2014

Dah Tak Tertegak Benang Basah - Mana 30 Adun Tu Kak Wan?


Apa lagi upaya Kak Wan nak tegakkan benang basah? Mana dia 30 Adun yang didakwa sokong Kak Wan?

Bila Azmin menerima tawaran menjadi MB maka dengan sendiri jumlah sudah berkurang menjadi 29 Adun.

Malah Adun PAS, Hasnul Baharudin dipetik sebagai berkata oleh Utusan Malaysia, sokongan terhadap Kak Wan sudah tidak berbangkit, kerana Kak Wan bukan yang diperkenan oleh Sultan untuk jawatan tersebut. Maka bermakna sudah berkurang menjadi 28 orang.

Surat sumpah yang Adun-Adun Pakatan Rakyat sign hanyalah fasa pertama untuk guling Khalid Ibrahim. Bab itu 30 Adun memamng sepakat setuju.

Tapi bila Azmin yang dipilih, game dah jadi lain.

Untuk makluman Kak Wan, Sultan amat teliti orangnya, bukan seperti suami Kak Wan.Gerenti baginda tanya Azmin, berapa orang Adun PKR yang boleh sokong?

Kalau Azmin lone-ranger takkan Sultan akan perkenankan Azmin.

Malam ni, cuba Kak Wan buat head count berapa lagi Adun yang sokong Kak Wan? Azmin tengah melambai-lambai dia orang tu.

Satu lagi kami nak tanya, betul ke Bang Non jatuh kat bilik air?

2 comments:

Anonymous said...

lupa kot cerita pengambala biri biri dan serigala. sama juga cerita p.ramli buka dadu.
3kali tertipu. lepas tu jika benar benar berlaku.. orang dah tak percaya..

Rodent Control Kenosha said...

Interestinng thoughts