Monday, September 22, 2014

Persiapan Terakhir Menjelang Majlis Angkat Sumpah MB Selangor Esok


Tentunya Duli Tuanku Sultan telah mempertimbangkan dengan bijaksana.

Saya masih ingat pada tahun 2002, ditahun pertama baginda menganugerah pingat kebesaran sempena hari keputeraan baginda.

Hinggakan pingat sekecil PJK pun baginda beri perhatian dan penelitian sebelum memperkenankan senarai calon, apatah lagi untuk melantik Menteri Besar, tentunya bukan sekadar tangkap muat demi kebaikan dan kesejahteraan negeri pemerintahan baginda.

Mungkin pilihan ini bukan yang terbaik, tetapi baginda pasti mengambil kira kemungkaran yang lebih besar jika melantik orang lain.

Kini persiapan terakhir sedang rancak berjalan, bagi menyempurnakan 'Majlis Angkat Sumpah' yang bakal berlangsung esok.

Siapakah yang bernasib baik esok? Anda beleklah sendiri foto atas.

Jika ini masih juga tidak menyelesai isu kemelut MB, maka PRNlah jalan penyelesaiannya.

1 comment:

Anonymous said...

Jika kita berfikiran lebih jauh lagi.....

Sekiranya YB Azmin menerima jawatan MB Selangor, dan tidak dipersetujui oleh pemimpin PKR, maka musuh-musuh YB Azmin di PKR yang tidak dapat mengalahkan dia waktu pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR akan berusaha memecatnya dari PKR.

Calon yang bertanding bersama-sama YB Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden akan diangkat sebagai Timbalan Presiden secara otomatik. Itu sebabnya calon itu beria-ria nakkan DSWA sebagai MB Selangor untuk memerangkap YB Azmin