Setia Usaha Agong PKR Saifudin Nastion bertindak pantas untuk menutup peluang Azmin Ali untuk dilantik menjadi MB Selangor.
Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Saifudin yang dipetik dari Keadilan Daily antara lain berbunyi,
"Calon PKR bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baru tidak berubah iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN merangkap Ahli Dewan Negeri Kajang.
“Sebarang berita kononnya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju secara lisan dengan kompromi dan pelbagai berita lain adalah tidak tepat"Kenyataan Saifudin itu turut menambah, KEADILAN berpegang teguh kepada keputusan parti sebelum ini termasuk mesyuarat Biro Politik minggu lalu.
Adalah sukar untuk menyangkal bahawa kenyataan Saifudin itu adalah bias dan punya kaitan dengan rasa 'dendam yang tak habis' ekoran kekalahannya kepada Azmin dalam saingan pemilihan Timbalan Presiden PKR.
Meskipun pun Saifudin tewas dalam pemilihan, regunya dalam team 'Masa Depan Bersama", iaitu Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi telah memenangi jawatan masing-masing.
Dalam keadaan Ketua Penerangan dan Bendahari yang dilantik oleh Presiden, disamping Naib Presiden-Naib Presiden dan Ketua Wanita, adalah merupakan komponen utama dalam biro politik, selain Presiden dan Timbalan Presiden.
Oleh yang demikian, dengan kekuatan Wan Azizah yang dibantu oleh Saifudin dan regunya, adalah terlalu sukar bagi Azmin untuk mempengaruhi keputusan Biro Politik.
Sesungguhnya inilah cabaran dan dilema Azmin dalam menerima tawaran menjadi MB Selangor.
Menolak tawaran bermakna Azmin telah membunuh sendiri hayat politiknya, seperti yang telah ditulis SINI.
3 comments:
Satu demi satu krisis dalam pr.kebetulan atau dirancang?
Senang aje nak sekat Azmin jadi MB.
Pecat aje dia dpd PKR, habis cerita.
Sudah2 le. Ikutlah contoh dap dan umno yg dilihat lebih berdisiplin. Tak kira mereka itu musuh atau kawan, yang nyata mereka lebih bertamadun serta brdisiplin berbanding pas dan pkr. Jika inilah sikap parti2 dalam gabungan PR, percayalah tak kemana pun. Tak payahlah menuding jari lagi kepada musuh dan cuba nak berlakun kononya baik. Tumpulah kearah memperbaiki dan memperbetulkan kelemahan sendiri dari membuang masa mencari kesalahan orang lain. Janganlah terlampau berstrategi kerana langkah tersebut kadangkala boleh membutakan kita kepada perkara-perkara yang lebih pokok. Jangan sampai keadilan yang diperjuangkan entah kemana bila kita sendiri gagal mengamalkanya. Membela raayat entah kemana kerana masing-masing sibuk dengan agenda sendiri. Membela islam juga entah kemana kerana masing-masing meletakkan hukum mengikut kesesuaian tindakkan bagi menghalalkan cara hinggakan dipertikai jemaah sendiri. Masing-masing mempunyai hujah,hadis,ayat dan contoh dizaman nabi dan sahabat supaya bersesuaian sehingga ahli, pengikut serta masyarakat merasa keliru dan bertambah keliru. Berbalah secara terbuka sesama sendiri dan berpuak-puak juga secara jelas menyimpang dari apa yang dikehendaki dan dianjurkan islam. Apakah yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat dan kemanakah mereka akan dibawa dengan sifat-sifat yang sedemikian. Sudahnya nanti bukan pengikut baru yang diperolehi tetapi pengikut yang sedia ada bertempiaran.
Post a Comment