Jika teori yang mengatakan bahawa strategi 'berkeras' oleh PKR yang kononnya mahukan Wan Azizah dilantik sebagai MB, adalah bertujuan memastikan Azmin dipilih dan 2 pesaing dari PAS (rujuk SINI) adalah salah, apakah pula pendirian Azmin Ali jika ditakdirkan dipanggil ke istana esok untuk menerima maklum akan perkenan Sultan keatas dirinya sebagai MB Selangor?
Katakan, Azmin akur dengan pendirian PKR dan menolak jawatan maka sudah pasti pemilihan Sultan akan terarah kepada Adun-Adun PAS, iaitu Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Perlantikan salah seorang Adun PAS di atas, besar kemungkinan membawa kepada usul undi tidak percaya di DUN Selangor.
Andai ini terjadi, saya tidak nampak melalui pembubaran DUN dan PRN di Selangor boleh membuka ruang kepada Wan Azizah untuk dilantik menjadi MB Selangor.
Sementara itu dipihak Azmin pula, beliau pasti tidak akan ditimbangkan sekali lagi oleh pihak istana.
Maka pilihan terbaik Azmin ialah bersara terus dari politik dari menanggung natijah kerana mengikut arahan Anwar Ibrahim.
2 comments:
Anwar nak bunuh karier Azmin dalam politik boleh jd jugak.Baru x de pencabar Wan Azizah dalam PKR kalau rayuan Anwar ditolak mahkamah.
sambil anuar nak tamatkan karier asmin ada baik pakat pakat tamatkan karier politik anuar sekali sampai tak boleh bangkit.
anaknya yang penipu di kerinchi tu kemudian tak pe. wang jij ah x boleh buat apa pun.
Post a Comment