Saturday, September 20, 2014

Strategi Terbaru Anwar Ibrahim - Terpaksa Korban Azizah Untuk Halang Adun PAS Jadi MB Selangor


Meskipun kenyataan terbaru PKR yang dilaporkan oleh The Malay Mail menyebut parti berkenaan tidak berganjak dengan keputusan asal mahukan DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun blog Akar Umbi melihat ia adalah tekanan untuk menghalang Adun PAS dari dilantik sebagai MB Selangor.

Umum telah mengetahui bahawa 2 Adun PAS (Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus Khairi) telah dipanggil mengadap ke istana, disamping Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam bentuk yang disifatkan sebagai 'temuduga' bagi jawatan MB negeri berkenaan.

Strategi 'berkeras' oleh PKR kelihatan lebih cenderung untuk memastikan wakil tunggal mereka dalam 'temuduga' berkenaan, Azmin terpilih berbanding 2 pesaing dari PAS.

Tambahan pula, agen-agen Anwar dalam PAS telah menjalankan tugasan gerak saraf dengan menakut-nakutkan ahli dan pemimpin PAS melalui kenyataan-kenyataan mereka dalam Muktamar PAS Pusat yang baru sahaja melabuhkan tirai mereka petang tadi, kononnya hayat penyandangan jawatan adalah tidak lama dan bakal berdepan dengan usul undi tidak percaya.

Ugutan untuk membawa perlantikan ke mahkamah dan disamping mengusulkan undi tidak percaya di DUN hingga membawa kepada pembubaran DUN adalah tidak lebih sebagai menimbulkan keraguan terhadapan pemilihan Adun PAS sebagai MB, walhal laporan The Malay Mail itu menyebut Azmin turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

Tidakkah ini menunjukkan bahawa strategi terbaru PKR ialah mengorbankan Azizah dan pada masa mempromosi Azmin tanpa saingan dari 2 Adun PAS berkenaan?

3 comments:

Strategi Perang:Pengenalan said...

Kalau PAS + UMNO + 4 adun yang buat usul undi tidak percaya,x ke jadi haru biru lagi?

Anonymous said...

Tiada GST di Sabah dan Sarawak

6 MEI: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya akan dikuatkuasakan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Semenanjung Malaysia sahaja.

Ia tidak akan menggantikan SST yang dikuatkuasakan di Sarawak dan Sabah, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Selasa.

Ahmad berkata, pelaksanaan cukai jualan ke atas minyak sawit mentah (MSM) sebanyak 10 peratus dan cukai ke atas aktiviti perjudian sebanyak 15 peratus itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 95B (3).

“Di bawah Enakmen Cukai Jualan Negeri Sarawak 1998 dan Enakmen Cukai Jualan Negeri Sabah 1998, cukai jualan di kedua-dua negeri itu adalah hak kerajaan negeri.

“Ini bermakna walaupun GST dilaksanakan pada 1 April 2015, cukai jualan di Sarawak dan Sabah akan tetap berkuatkuasa,” jelas beliau.

Ahmad berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat GST Peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di Kuching, Sarawak, hari ini.-bnbbc.my

Anonymous said...

Aku rasa ni mmg lakonan utk naikka Azmin. Kalau direct Azmin mmg dah pasti kena reject ngan Istana