Thursday, September 18, 2014

Lintas Langsung Muktamar PAS - Perwakilan Terkejut Bila Bendahari Agung Dedah Bangunan Ibu Pejabat Bukan Milik Parti


Penyata Kewangan PAS baru sahaja dibentangkan sebentar tadi oleh Bendahari Agung PAS, Asmuni Awi.

Seorang perwakilan telah bertanya mengenai bangunan Ibu Pejabat yang tidak dimasukkan sebagai aset tetap parti.

Bendahari memberi alasan jika berlaku perpecahan seperti yang berlaku antara Team A dengan Team B di dalam UMNO, maka akan berlaku kesukaran dalam mempertahankan aset berkenaan.

Buat masa ini bangunan tersebut didaftarkan dibawah sebuah syarikat sendirian berhad.

Jika itu ditakdirkan sekarang, misalnya pertembungan PAS dengan PasMa, maka bukankah mudah bangunan ibu pejabat itu mudah dilarikan oleh syarikat berkenaan?

2 comments:

usin said...

eh, bunyi macam standby nak berpecah je tu. sungguh ka?

Anonymous said...

Penyata kewangan tu termasuk sekali dengan butiran Tabung Memali, Kohilal, tabung Lahad Datu dan dana TIRAM tak??? JAngan pula derma-derma yang diletakkan bawah tabung berkenaan, tapi menggunakan akaun PAS Pusat dikatakan tu milik PAS. Memang tak telus namanya...