Apabila kebanyakan perwakilan di Muktamar PAS Pusat 2014 mengusulkan supaya PAS mengambil ketetapan menolak jawatan MB Selangor, maka ia membawa maksud kemungkinan besar salah seorang Adun PAS akan dilantik untuk jawatan tersebut.
Perwakilan Perlis misalnya meminta muktamar agar membuat ketetapan menolak jawatan MB Selangor.
Sebaliknya, perwakilan Negeri Sembilan meskipun bersetuju, mengajukan soalan "Totapi kok lopeh ni Sultan nak yo kek kito, apo nak buek an?". "Sekurang-kurangnya kito telah menjawab dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, seluruh anggota telah bersama dengan Presiden untuk kekal dengan Pakatan Rakyat... Tapi apo yang berlaku adalah kohondak dari Sultan.... Jadi terlopehlah kito," tambahnya dengan sambutan gelak tawa perwakilan.
Perwakilan Dewan Muslimat mengambil pendirian yang neutral, apabila sekadar meminta pendirian kepimpinan terhadap isu berkenaan.
Dalam pada itu, saya memerhatikan sesuatu yang tidak kena dengan pemilihan perwakilan Dewan Permuda yang kelihatan berlawanan dengan mood Muktamar Pemuda tempohari. Jika anda baca SINI, majoriti perwakilan pemuda memihak kepada Presiden dan Majlis Ulamak.
Begitu memeranjat apabila wakil Dewan Pemuda membuat cadangan supaya PAS menolak jawatan MB Selangor. Cadangan tersebut mendapat reaksi protes dari para perwakilan, yang saya yakin datang dari golongan muda dan Ketua Pemuda kawasan yang menjadi perwakilan ke Muktamar PAS Pusat. Beberapa kali ucapannya diganggu hingga memaksa Pengerusi Tetap menasihatkan mereka untuk bertenang.
Malah ketika memberi reaksi terhadap protes tersebut, jurucakap pemuda yang tidak membawa pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat itu berkata, "Kalau nak tolak (cadangan), tolaklah....". Tindak tanduk perwakilan seolah-olah beliau menjadi jurucakap Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang konon pengamal 'politik budiman', yang mungkin menyerahkan segala budinya kepada PKR dan DAP.
Mengambil giliran selepas Dewan Pemuda ialah Dewan Ulamak dan wakilnya telah dengan penuh ketegasan menyeru para perwakilan untuk bersama dengan pendirian Presiden DS Abdul Hadi Awang yang bersetuju dengan apa juga pilihan Sultan. Kenyataan itu juga bagai menyokong saranan perwakilan Terengganu seperti video di bawah;
Mengimbas kembali kenyataan awal Mat Sabu di awal Muktamar semalam, beliau menegaskan PAS mesti menolak jawatan MB kerana ia tidak akan mendapat sokongan PKR dan DAP.
Hakikatnya kenyataan dan alasan adalah petanda awal pertembungan pendirian kumpulan ulamak dengan kumpulan Anwarinas. Perkara ini terbawa-bawa ke sidang muktamar, dengan pandang pro dan kontra.
Ini bagai menggambarkan bahawa pilihan Sultan sebagai MB yang akan mengangkat sumpah Selasa depan ialah Adun PAS. Malangnya, PAS sendiri bertelagah sesama sendiri samada hendak mengikut cakap Tok Guru Hadi atau pun Ketum Anwar.
11 comments:
kali pertama PAS bertelagah sesama sendiri dalam muktamar.
Tidak ke pelik nak Islam dan perundangan Islam di daulatkan, tpi tak mau jadi ketua pemerintah?
Ibarat Nabi mau Syiar Islam berdaulat tapi x mau jadi ketua negara?
Mat Bonk
gaduh adik beradik x kemana.makan semeja bertepuk tampar sambil bergurau sendalah mereka.
Aku sangat setuju dengan Mat Bonk.Kononnya nak laksanakan hudud perlukan kuasa, orang nak beri kuasa tak mahu pulok... pelik. At least kalau MB orang Pas boleh jugak tutup kilang arak kat Shah Alam macam cakap dalam ceramah Pas selama ni. Atau takut jika diberi kuasa dah tak ade modal dalam ceramah
anon7:59
Memang lah tak ke mana,
tapi nampak sgt kurang cerdiknya orang kita berpolitik.
BERPOLITIK, BIARLAH UNTUK MENGUATKAN KITA, MENGUNTUNGAKAN AGAMA DAN BANGSA, BUKAN MENJADIKKAN KITA SEPERTI GAJAH SARKIS.
HARAPKAN BESAR BADAN, TAPI JADIK HAMBA KEPADA TALI CEMETI, DILIBAS LIBAS, BUAT TELOR GAJAH KECUT X STIM LAGI.
Hehehehe.
Beri pelindungan pd peliwat mmg akan jahanam.
Tak payah cerita banyaklah pasal perjuangan Islam PAS.
Mudah saja contohnya!
Berapa lama dah PAS perintah Kelantan?
Mana undang2 Islamnya? Takkan setakat ditepi bibir saja sepanjang zaman ...
Suruh Pok Nik buang semua serban jubah dia dalam lubang jamban kalau hanya pandai setakat hendak berkuasa dari berjuang utk Islam.
Mengutuk UMNO tidak Islam pandai pulak ...
Menolak jawatan MB jika Sultan lantik adalah satu penderhakaan kepada Sultan Selangor.
PAS ingat hantar nama pastu tolak lantikan ni apa?...main-main ke dengan sultan? Dah kurang ajar sangat PAS ni sekarang kepada Sultan Selangor.
Korang rasa Sultan akan lantuk MB ke kalau PAS sendiri dah terang-terang menunjukan sikap memperlekeh dan mempermainkan perlantikan baginda?...
yg memperlekeh bukan pas, tapi lembu2 anwar dlm pas, lembu bernama mat sabu, mustapha, husam, salahudin, mahfuz, mujahid,khalid samad, kamarudin, abu hanifa dan ramai lagi lembu anwar dalam kandang pas. sebab depa ini anwar dgn guan eng bagi makan rumput mahal dan dedak first class, pas bagi rumput kering ajer kat depa.anwar bagi kandang aircond lagi...mana tak sayang kat ketum anwar aljuburi
Inilah sikap kami yg tidak gilakan kuasa. Kami hanya nak tolong Pkr dan Dap berkuasa. Dap pulak dah banyak tolong kami,kami malu dgn Tuan Lim Kit Siang, kami juga malu dgn Tuan Lim Guan Eng. Mereka kata apa pun kami ikut saja dan tak mungkin bagi kami untuk membantahnya. Tindakkan ini selari dgn parti kami sebagai parti angguk saja.
Tuhan pun mencarut- Nik Aziz.
Butuh lu lah Mat Sabu. Main butuh lah dengan Anwar. Lancap peliaq Guan Eng.
Burit Mah!
Post a Comment