Monday, September 15, 2014

"Melanggar baiah (dengan Hadi Awang) boleh diselesaikan dengan menyembelih seekor kambing," - Setia Usaha PasMa


Didalam PAS sedang berlaku rasa riak dan takabur dikalangan ahlinya, khususnya ahli-ahli yang bergiat dalam PasMa.

Dengan sifat riak dan takabur itu, mendorong mereka mengambil ringan dalam bab baiah.

AJK PAS Pusat Nasrudin Hassan mendedahkan butiran Perjumpaan PasMa di Kota Baru, pada 31 Ogos lalu menyebut Setia Usaha PasMa Mohd Taib sebagai berkata,
"Baiah yang dibuat oleh pimpinan PAS Pusat boleh dilanggar kerana ia dianggap batil dan melanggar baiah boleh diselesaikan dengan menyembelih seekor kambing (sebagai membayar kifarah)"
Bila memerhatikan perkembangan demi perkembangan yang berlaku dalam PAS hari ini, bagai telah berlaku sesuatu yang tidak kena dalam parti berkenaan.

Apakah suasana ini adalah musibah yang berkaitan dengan yang mereka doakan bersama-sama dalam video di bawah?


Hakikat yang perlu diakui oleh PAS adalah doa mereka tidak diterima oleh Allah kerana niat ahli-ahlinya bukan didasarkan kepada Allah, tetapi semata-mata untuk melihat kejatuhan UMNO/BN yang dipimpin oleh Melayu/Islam.

Dalam masa yang sama, PAS yang bertahaluf siyasi dengan kafir DAP dan PKR, telah gagal meletakkan Islam dalam keadaan superior, sebaliknya diletakkan setaraf dengan pelbagai agama dan fahaman ciptaan manusia.

3 comments:

Anonymous said...

Dah lama puok puok pas doa mintak pecah perut....doa ko..ko...doa memscsm lagi padal maha zalim...dll....skg doa mereka dah nsmpok hasil....doa tok guru krmbali pada diri dio dan puok puok pas......padan la muko...

Anonymous said...

ANWAX nak miliki PAS sebab PAS ada akar umbi..... tapi mesti PAS yang selari dengan SELERA dia....

Anonymous said...

entahlah kalau buat bayar kifarah/dam ni rasanya kena kaji baliklah kot. Pada zaman Nabi dahulu kambing itu amat berharga. Dari kambing rezeki Allah bagi susu bulu/kulit dan daging.

Bagi golongan yang di anggap sederhana pada zaman itu rasanya sesak juga nak korbankan kambing.

Akan tetapi di Malaysia seekor kambing itu tak ada masalah. Lagi Murah dari harga smart phone yang atas sikit. Kifarah kambing di Sudan atau SOmalia mungkin sukar tetapi di Malaysia rasanya tak ada masalah.

Kalau tiada masalah maknanya tidak sampailah maksud hukuman/denda.

Mungkin jika apa-apa perkara yang perlukan kifarah/dam di Malaysia bolehlah di kaji semula. Contohnya kifarahnya bukan kambing seekor tapi bilangan yang cukup untuk si pelaku fikir dua tiga kali sebeleum melakukan sesuatu yang boleh dikenkan kifarah/dam/denda.

Seorang billionaire seperti Syed Mokhtar misalnya kifarahnya mungkin 5 ladang kambing dengan 500 ekor setiap ladang (atas kapasiti beliau sebagai billionaire). Sesak juga dada rasanya walaupun seorang billionaire.

Seorang pegawai mungkin dua ekor kambing. (lebih sikit dari harga smart phone)

Bagi saya tujuan kifarah/dam ini untuk mendidik dan juga menghalang orang buat tak tentu hala. Maka dalam kes ni adakah bahalul-bahalul PAS akan terdidik? Murahkan sangat harga seekor kambing... Apa adahal dengan seekor kambing?