Friday, September 19, 2014

Bakal MB Selangor - Wajahnya Kelihatan Samar, Susuk Tubuhnya Macam..........???


Bagi tempoh 1949 hingga 1959, Menteri Besar-Menteri Besar adalah terdiri dari kalangan pegawai -pegawai kerajaan negeri. Senarai penuh MB untuk tempoh tersebut, boleh anda rujuk SINI.

Hanya selepas pilihan raya negeri yang pertama pada tahun 1959, barulah MB dari kalangan Adun mula dilantik dan ia bermula dengan pemilihan Dato' Abu Bakar Baginda sebagai MB pertama dan ia berterusan hingga TS Abdul Khalid Ibrahim, meskipun telah meletak jawatan tetapi meneruskan perkhidmatan atas titah Sultan, sementara menunggu perlantikan baru.

Ramai beranggapan termasuk Anwar Ibrahim, perlantikan MB Selangor adalah melalui pilihan rakyat, iaitu melalui pilihan raya. Walhal semenjak kewujudan jawatan MB di Selangor, perlantikan adalah dibuat oleh Sultan.

Perkara 50 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 (UUTS 1959) adalah amalan yang berterusan sejak dulu, yang memperuntukkan kepada Sultan. Rujuk kepada petikan dibawah.


Perkara ini menjelaskan kewujudan kuasa eksekutif Sultan yang termaktub dalam UUTS 1959 dan bukannya sekadar ceremonial mahupun endorsement seperti dianggap oleh Ketum PKR DS Anwar Ibrahim yang berkeras mahukan isterinya dilantik sebagai MB Selangor.

Apakah hak Anwar untuk mempertikai malah mencemarkan Institusi Raja di Selangor sedangkan adalah menjadi hak Sultan untuk memperturunkan kuasa eksekutif yang dimiliki baginda?

Dalam pada itu, sudah semestinya Sultan akan mengambil kira kandungan UUTS 1959 dalam melantik MB dan tentunya selari dengan peruntukan di bawah:-


Dek kerana terlalu ghairah berkehendakkan isterinya menjadi MB, kewarasan Anwar hilang hingga mendorong memberi tekanan kepada Adun-Adun PKR, malah bertambah malang apabila DAP menyokong tindakan bodoh itu.

Tidak cukup dengan itu Anwar sanggup pula mengkhianati PAS dengan melarikan 2 Adun PAS semata-mata untuk membuktikan kepada Sultan yang isterinya mempunyai majoriti sokongan sejumlah 30 Adun.

Sedangkan kanun bertulis seperti UUTS 1959 pun dilanggarnya, bayangkan kalaulah Anwar Negeri Sembilan, maka alamat huru hara adat pepatih dikerjakannya.

Kelmarin telah pun diumumkan bahawa majlis angkat sumpah MB Selangor yang baru bakal berlangsung jam 10 pagi, 23 September 2014. Oleh itu, kita tunggulah siapakah yang bakal diperkenankan Sultan.

6 comments:

Anonymous said...

Bro Assallamualaikum

Bagi aku ni persekolahan yang cukup baik .

Tapi......Macai PKR DAPigs ada dengan title KETUM, Datuk Seri, bekas TPM, bekas Menteri Pelajaran blah blah blah benda macam ni pun kurang arif.....,memang cucuk sekali dia pakai title Bekas Banduan, BB Dan tak lama lagi BS-Banduan Sekarang.

Anonymous said...

SALAM SEMUA

AKU WALAU BUKAN RAKYAT SELANGOR AKAN SOKONG SULTAN SELANGOR UNTUK HALAU KELUAR ANWAR IBRAHIM DARI SELANGOR YANG MENYIBUK DISELANGOR

SURUH DIA BALIK KE PERMATANG PAUH JAGA KAWASAN SENDIRI JANGAN NAK MENYIBUK KAT SELANGOR


SIAPA SOKONG TUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA SULTAN SELANGOR

HALAU HALAU HALAU NYAH DARI BUMI SELANGOR.....

Anonymous said...

X cukup geng penyokong tutoh bontot dipilih majoriti rakyat Selangor jd pemerintah..

Dan kini kemungkinan besar..

Penjual isteri...
penjual aiskrim...
penipu dlm politik..
disebut2 jd MB !!!

YA ALLAH..
Ampunilah dosa kami

Anonymous said...

Manusia berubah. Allah saje yg tau jika dia benar2 bertaubat. Semoga dia jakankan tanggungjawab sebagai mb kerana Allah. Kita doakan ... sahabat2 Rasulullah saw juga ade terdiri dari mereka yg asalnya jahat.

Anonymous said...

Tolong jawab sat dari mana Azmin dapat duit beli rumah banglo RM8juta. kalau macam ni dia juga akan jadi puppet MB

Anonymous said...

Serahkan je kat bpr. Cuma ade terdengar azmin baru buat umrah. Harapan dia balik ke pangkal jln. Selebihnya serah pada Allah.