Saya mengikuti Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat 2014 dengan penuh minat, kerana berpendapat inilah benteng utama kepada Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang yang berdepan dengan serangan demi serangan dari sesama rakan dalam Pakatan Rakyat dan kelompok anwarinas dalam PAS.
Beberapa minggu sebelum Muktamar PAS 2014 yang bakal berlangsung esok, beberapa isu dan konsep bagai sengaja dibahaskan secara terbuka, yang saya yakin ia adalah bentuk serangan cara halus untuk mencemarkan nama baik Hadi.
Berpunca dari keengganan Hadi dan Majlis Syura Ulamak untuk memperakukan DS Wan Azizah sebagai MB Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim, maka beberapa polemik sengaja diperbesarkan dan dipersoalkan, antaranya;
- Baiah hanya untuk Allah dan Rasul tanpa melibatkan ketaatan kepada Presiden
- Mempersoal kuasa dan peranan Majlis Syura Ulamak
- Serangan terhadap golongan Ustaz Muda
- Penubuhan PasMa
Melalui gembar-gembur terhadap perkara-perkara di atas, Hadi dilihat akan menerima nasib seperti Allahyarham TS Asri Haji Muda, Presiden PAS yang tersingkir dari jawatannya melalui Muktamar PAS 1982, yang sejarahnya tercatat di SINI.
Namun melalui Muktamar Dewan Pemuda PAS yang melabuhkan tirainya petang tadi, saya yakin bahawa Hadi menarik nafas yang lega.
Sidang pemuda hari ini ternyata menjadi medan menjulang semula imej Hadi dalam PAS, apabila perwakilan-perwakilan pemuda mengambil pendirian menyokong kepimpinan Hadi, menjulang dan memperakui peranan Majlis Syura Ulamak, disamping menggunakan nas dan hadis dalam mempertahankan baiah tidak terhad terhadap Allah dan Rasul tetapi termasuk kepada ketua (Presiden) selagi tidak menyalahi syarak.
Malahan pemuda juga kelihatan bersungguh-sungguh mempertahankan ulamak, meskipun melalui jenaka yang begitu sinis, seperti yang ditunjukkan di SINI. Para perwakilan juga dengan berani dan berterus terang menyebut nama Anwar Ibrahim, sebagai orang tidak dikendaki dalam PAS.
Perlu diingat imej Hadi mula tercalar apabila mendepani isu Selangor. Menariknya, muktamar pemuda kali ini memperlihatkan penguasaan perwakilan-perwakilan pemuda dari Selangor. Sekadar menyebut beberapa kawasan seperti Klang, Sabak Bernam, Puchong, Sepang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Sungai Besar memainkan peranan aktif dalam muktamar tersebut.
Kesemua mereka bagai mengambil tanggungjawab memulihkan imej Hadi dan ini sudah cukup menjadi isyarat kepada DAP dan PKR Selangor, jangan sesekali memandangkan kepada gerakan pemuda PAS Selangor.
Kita tunggu episod berikutnya, samada kelompok anwarinas berani mencipta arus mereka untuk bertembung dengan kelompok ustaz muda yang mereka perlekehkan dalam medan sebenar, Muktamar PAS Pusat yang akan membuka tirainya esok.
Apa pun, Hadi kini dalam keadaan yang lebih yakin untuk melangkah ke dewan muktamar dengan bergaya.
2 comments:
Skg jiran dan kat opis semua pencacai pas nnpk diam bangang...mcm tak ada apa2 yg berlaku....pada macai pas apa yg berlaku umno dah lama lalui....pas tak pernah belajar dari sejarah.....selagi anwar ada di malaysia melayu dan islam akan tergugat....bahana ego lebih tebal dari iman.....doa tok guru kembali ke batang hidung sendiri....padan muko ko....
ye tak ye la anon 8:18am. sesiapa yg berkawan atau mengambil anwar sebagai rakan akhirnya pasti menghadapi masalah. dulu mahathir ambil anwar dari abim, akhirnya umno bergolak, pernah terpecah dua. bila umno buang anwar, anwar tubuh pulak pkr. dalam pkr, bermacam2 kuca lana berlaku. sistem pemilihan pemimpin dalam pkr adalah rekod terbaik betapa hukum hutan belantara diguna pakai untuk memilih pemimpin. yang tak boleh blah, pas dan dap tercium bau wangi kentut anwar dalam pkr dan ketiga2 parti ini sepakat membentuk satu wadah pejuang menentang bn walaupun pendaftaran dengan ros tak pernah dilakukan, pelik tu! nasib dalam dap juga serupa, sehingga kini j/kuasa cec dap tidak diikhtiraf oleh ros!! oleh kerana bala dan badi yang ada pada anwar, kini pas pulak berantakan. ada yang nak bawa pas keluar pakatan dan ada juga yang masih syahdu dengan bau kentut anwar...alahai anwar, bala dan badi apakah yang melekat kat batang tubuh kau ni, kemana sahaja kau pergi tentu porak peranda akan berlaku. seb baik umno buang anwar, kalau tidak, nak tahu apa itu umno kena bukak buku sejarah...!!!
Post a Comment