Wednesday, September 17, 2014

Janji Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat Dalam Muktamar Pemuda - Bagi 2 Ketul Ayam KFC Pada Setiap Perwakilan


Dalam pembuka kata ucapan penggulungannya, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat telah membuat 'janji bodoh' iaitu akan memberikan sekotak ayam goreng KFC kepada setiap perwakilan.

Namun janjinya tertakluk kepada syarat, jika PAS dapat menawan Johor.

Bagai orang kemaruk duit melihat berkepuk-kepuk duit J-Corp (pemegang saham utama KFC), itulah hasrat pertamanya untuk mencekau duit konglomerat milik Kerajaan Negeri Selangor untuk diagihkan kepada ahli-ahli PAS.

Dengan niatnya yang lari dari 'kerana Allah', maka sukarlah jua Allah akan memakbulkan hasratnya.

Satu lagi perangai buruk Suhaizan di muktamar tersebut, ialah mengaibkan bekas Pesuruhjaya PAS Johor Dr Daeng Sanusi kepada para perwakilan pemuda PAS dengan mengatakan bekas tokoh PAS Johor itu gemar bermain 'terup keling'.

Seperti juga ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda, kecuali untuk beberapa kali, penggulungan oleh Suhaizan juga sepi dari laungan takbir dari mereka yang berada dalam dewan muktamar.

4 comments:

Self-Hypnosis said...

Kesian PAS.Bertubi-tubi diserang dalam masa sebulan-dua ni.

hasnul rahman said...

Murahnya!
Hanya dua ketul ayam goreng KFC untuk orang Johor serahkan negeri itu kpd Pas?
Macam ni ke seorang Ketua Pemuda yg boleh diharapkan oleh Pas?
Macam orang tak berapa cerdik....
Kesiannnnn....
Adakah pemuda Pas dah tersalah pilih?

hasnul rahman said...

Sah pemuda Pas dah tersalah pilih ketua.
Macam orang tak cerdik jer!

Anonymous said...

Tamak macama mana pun pada dunia,Pas sudah tidak ada harapan lagi dari segi politiknya utk masa terdekat ini.Perpecahan dalaman Pas terlalu ketara dan perpecahan sesama rakan kongsinya juga amat lebar.Walaubagaimana pun ,bagi pemimpin dan ahli yg benar-benar menjadikan Islam sebagai perjuangan mereka,inisemua menjadi rahmat utk mereka utk kembali ke pangkal jalan.Biarkan saja yg liberal tersesat terus.