Tuesday, September 16, 2014

Kejayaan Awal Mat Taib Dalam PAS - Berjaya Sunyikan Muktamar Pemuda PAS Hari Ini Tanpa Laungan 'Allahu Akbar'


Para perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang berlangsung hari ini bagai menyahut saranan bekas MB Selangor TS Muhamad Mohd Taib (yang kini ahli PAS) supaya PAS tidak hanya bergantung kepada sentimen 'Allahu Akbar', apabila Harakah Daily melaporkan muktamar tersebut melalui hari pertamanya tanpa laungan takbir.

Portal berkenaan menyebut,
"Sepintas lalu ucapan dasar ketua pemuda pada muktamar kali ini bagaikan 'bercakap depan mayat' yang tiada lagi gerak gentanya. Sekian lama muktamar dihiasi dengan laungan takbir dan laungan sorak apabila beberapa point penting ditekankan ketua-ketua pemuda, namun kali ini bagaikan sepi tak bersahut."
Sebenarnya, bukan saranan Mat Taib yang menjadi punca, tetapi kesilapan itu berpunca dari Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, apabila tidak mempertahankan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang melalui kesempatan menyampaikan ucapan dasarnya di muktamar berkenaan..

Suhaizan gagal membaca arus dikalangan pemuda yang begitu menyanjung ulamak, malah tidak mempertahankan kelompok 'Ustaz Muda' yang menjadi sasaran serangan AJK PAS Pusat Khalid Samad, menjelang hari muktamar.

Tentunya dengan respons hambar para perwakilan, sudah memadai bagi Suhaizan untuk memahami isyarat penolakan pemuda terhadap dirinya.

Menurut satu teks mesej yang dihantar oleh pemerhati di muktamar berkenaan, sebaik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memulakan ucapan (jam 4:42 petang), majoriti perwakilan Pahang yang berjaket khas "Kami Bersama Presiden & Majlis Syura Ulamak telah bangun meninggalkan dewan muktamar.

Mesej itu menambah, tindakan itu disusuli juga oleh sebahagian perwakilan Terengganu, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu demi menutup malunya, Mat Sabu dilaporkan oleh TMI memberi alasan para perwakilan beredar untuk menunaikan solat asar (waktu Asar di Kota Tinggi ialah 4.03 petang).

3 comments:

Anonymous said...

Kump ulamak x kuat mana... pas dah dikuasai anwaranis....

Anonymous said...

Mat taib ni keliru. Nak dekatkan diri dengan Allah tak perlu berpolitik. Bertaubat pd Allah senyap2 atas kesalahan2 masa berkuasa dulu lebih baik. Biar kita mulia di sisiNya.

Anonymous said...

PAS memang dianggotai oleh orang yang hebat2 berlaka. Siapa yang berani bawak lari anak Raja selain dari Mat Taib lebih dikenali sebagai Mike Tyson.

Ada lagi kuncu2 PAS. Stopa Spender, Mat Sabu Bau B*r*t, Al Juburi.

Bravo!