Sunday, September 14, 2014

Khalid Samad Pertikai Hadi Kerana Guna Hadis Untuk Perlekehkan Wan Azizah


AJK PAS Pusat merangkap MP Shah Alam Khalid Samad mempertikaikan penggunaan hadis oleh Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang untuk menolak DS Wan Azizah Ismail sebagai MB Selangor melalui rencananya yang tersiar di portal The Malaysian Insider.

Khalid awalnya, menunjukkan beliau menerima hadis yang disandarkan oleh Hadi yang antara lain disebut oleh Hadi sebagai,
“Barang siapa yang mewakilkan urusan orang Islam dia melantik seseorang memegang jawatan bukan kerana kelayakan tetapi kerana kecenderungan dia, kerana sebab-sebab puak dia, bukan kerana kebolehan dia, Tuhan tak terima tebusan duit, tebusan apa, sehingga diseret ke Neraka Jahannam”.
Namun begitu, Khalid bagai mengajar Hadi dan Majlis Syura Ulamak dengan mempericincikan maksud 'kelayakan', disamping menghujah kelayakan utama Azizah ialah, beliau dapat menyatukan Pakatan Rakyat dan PKR.

Jika itulah alasan beliau (demi penyatuan Pakatan Rakyat dan PKR), apakah itu tidak bermakna kecenderungan atas sebab puak dan bukan kerana kebolehan, yang akhirnya menjerumuskan seluruh ahli PAS ke neraka?

Keadaan ini menampakkan betapa sikap 'ujub' dan 'riak'nya bukan sahaja terhadap orang-orang UMNO yang disifatkan sebagai golongan yang nipis iman bak kulit bawang, tetapi telah semakin menebal hingga sanggup pula memperlekehkan ulamak-ulamak dalam PAS.

Kalau dulu Khalid seronok dengan penggunaan nas dan hadis dalam menghentam pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar UMNO selama lebih setengah abad, nampaknya beliau tidak pula merasa seronok malah tidak selesa pula, bila perkara yang sama digunakan kepada Azizah!

4 comments:

Anonymous said...

Si Khalid Samad ni a confuse man..Self confusing... Usah ambik pusing... nanti kita yng waras ni jadi pening... Hadi should do a housecleaning... too many mad monster breed in Pas..

Anonymous said...

khalid gereja ni adalah BODOH dan KAFIR. Hukumnya HARAM melantik seorang KAFIR dan BODOH sebagai pemimpin!!!!

Anonymous said...

Si mamat Khalid ni is a very2 sick man and very2 arrogant. Perangai menyokong sipeliwat tua dan kapir lahanat buat dia serupa pelesit. Kita tunggu dan lihat hari kehancuran dia.

Anonymous said...

Ali-Imran [ayat28] Allah berfirman:-

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Sebab diturunkan ayat di atas:

Ayat ini turun disebabkan oleh suatu masalah di mana sekumpulan para sahabat nabi menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang Yahudi. Persahabatan mereka sangat akrab sekali. Beberapa orang sahabat yang lain cuba menasihati agar berwasapada terhadap Yahudi berkenaan. Kerana dikhuatiri mereka akan disesatkan oleh Yahudi berkenaan. Namun nasihat ini tidak dihiraukan. Malah mereka masih tetap akrab oleh itu diturunkan ayat tersebut sebagai panduan orang yang berakal.

Namun manusia selalu tidak peduli dengan peringatan Allah malah ada yang cukup berani menyangkal larangan Allah, maka dengan itulah berbagai musibah dan keburukan terjadi.