Tuesday, September 23, 2014

Aku Janji Azmin Pada Sultan - Bersumpah Tak Akan Ulangi Perbuatan Tak Sopan


Selain melafazkan ikrar angkat sumpah jawatan sebagai MB Selangor, Tuan Mohamad Azmin Ali turut melafazkan '10 Aku Janji' terhadap DYMM Sultan Selangor.


Antara '10 Aku Janji' tersebut, 2 daripadanya ibarat terkena batang hidung Azmin.

Pertama ialah aku janjinya terhadap pemeliharaan institusi raja dari dicemari dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Suatu perkara yang perlu diakui oleh Azmin, pihak yang sedang giat mencemari institusi raja, datang dari Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Soalnya, mampukah Azmin menangani Anwar?

Kedua ialah aku janji Azmin terhadap menjaga adab istana. Mungkin ini berpunca dari perlakuan kurang sopan Azmin ketika Majlis Pertabalan YDPA.

Ada pihak mendedahkan betapa tidak sopannya Azmin ketika berada dalam majlis berkenaan, yang dilaporkan seperti berikut;
Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua. 
Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“. - AIDC
Bermakna dari apa yang dilafazkan melalui aku janji Azmin itu, dengan sendirinya mengikatnya dari melakukan sesuatu yang diluar akhlak sebagai MB.

No comments: