Tuesday, September 23, 2014

Akhirnya Tersisihlah PAS Umpama Melukut Di Tepi Gantang - Azmin Ucap Terima Kasih Khusus Kepada 15 Adun DAP Tanpa Sebut PAS


Peranan PAS dalam menaikkan Azmin Ali sebagai MB Selangor adalah besar, khususnya dalam menamakan calon kepada pihak istana.

Namun peranan besar PAS itu tidak diiktiraf oleh DAP, malah dilabelkan pula 4 Exco PAS yang meneruskan perkhidmatan bersama bekas MB TS Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

Walhal, tanpa sokongan DAP terhadap Azmin pun sudah memadai untuk MB Selangor itu dari terselamat untuk mendapat kepercayaan dari majoriti Adun.

Malah dalam ucapan terima kasih Azmin melalu media yang disiarkan di TMI, tidak sama sekali mengucapkan terima kasih secara khusus kepada PAS. Sebaliknya, Azmin memberi perhatian yang lebih kepada DAP dengan ucapan penghargaan kepada 15 Adun DAP.

Azmin kini dalam keadaan selesa dengan sokongan kuat PKR dan PKR, hingga tidak perlu lagi memberikan penghargaan kepada PAS, khususnya DS Abdul Hadi Awang.

Selepas Azmin mengangkat sumpah jawatan, maka tinggal PAS umpama melukut di tepi gantang.


4 comments:

Unknown said...

Itulah dia.... PAS melalui Presidennya adalah parti dan manusia yang PALING BODOH DALAM DUNIA kerana mencadangkan nama Azmin sebagai salah seorang calon MB Selangor sedangkan parti Azmin sendiri tidak mencadangkannya dan Azmin sendiri juga menyokong tindakan partinya menggugurkan namanya dari senarai calon MB. Itulah kebodohan paling ekstrem sama seperti kebodohan rakyat Peru sedikit masa dahulu memilih untuk melantik warga Jepun sebagai Presidennya.

Anonymous said...

Ngok...serius ngok. Kalau dgn mak sendiripun mcm anak buluh betong, apalah sgt dgn pas. Pas yg cadang, akhirnya pas yg kena siat.....

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1 said...

Akhirnya,Azmin berjaya lawan TSKI.

Anonymous said...

kita tunggu dan lihat selangor dibawah jagaan lelaki dayus dan sitanggang anak durhaka,,,takut sok selangor jadi batu!