Wednesday, September 24, 2014

4 Exco PAS Cemas Bila Pecah Lobang Bersekongkol Dengan Khalid Ibrahim Tutup Pejabat Anwar


PAS ternyata tersilap langkah, apabila menjangka Azmin hanya akan mendapat sokongan mereka dan 3 lagi Adun PKR yang akan mengikuti MB Selangor itu.

Dengan tanggapan bahawa Azmin berpaling tadah dari Anwar Ibrahim, dihari terakhir Khalid Ibrahim sebagai MB, 4 Exco PAS (gambar atas) telah terlibat bersekongkol dengan bekas MB berkenaan dalam membuat keputusan menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.


Kini dengan sokongan padu yang diperolehi Azmin dari Adun-Adun DAP dan PKR, menjadikan kedudukan mereka (sebagai Exco) tidak menentu.

Malam terakhir menjelang majlis angkat sumpah Azmin sebagai MB, DAP dengan lantang melabelkan 4 exco berkenaan sebagai pengkhianat, atas tindakan masih meneruskan khidmat meski pun 6 rakan Exco yang lain telah dipecat.

Tidak mustahil PKR dan DAP akan mula mencari bukti demi bukti yang boleh mensabitkan keempat-empat mereka untuk tidak dilantik semula.

Dari berdepan dengan sindiran dan tohmahan dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, maka jalan terbaik bagi mereka ialah menarik diri dari menyertai kerajaan baru dibawah pentadbiran Azmin.

Apatah lagi semasa Muktamar PAS Pusat minggu lalu, sesama dalam PAS menyindir mereka sebagai 'Orang Kaya Berempat'.

Dari riak-riak yang ditunjukkan oleh PAS Selangor, menunjukkan pengharapan yang amat sangat agar mereka punya wakil dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Jika sebelum ini mereka menjadikan alasan untuk selamatkan kerajaan Pakatan di Selangor untuk kekal bersama kerajaan sementara Khalid Ibrahim, mungkin kali ini mereka akan memberi alasan untuk selamatkan Melayu dan Islam untuk menyertai kerajaan baru Azmin.

Alasan itu sudah pasti digmunakan, memandangkan 15 Adun DAP semuanya bukan Melayu dan bukan beragama Islam, sementara PKR mempunyai 14 Adun tetapi hanya 11 yang berbangsa Melayu/Islam.

1 comment:

Anonymous said...

dap juga cerdik dengan memainkan isu. lge sengaja memainkan isu kononnya pas melalui 4 orang exconya telah mengkhianati pakatan rakyat. tujuannya ialah agar exco-exco baru yang akan dilantik oleh azmin nanti didominasi oleh adun dap. mereka sentiasa menang sebab sentiasa cerdik dalam merangka peluang. percayalah, dap melalui lge memang sengaja mencaci maki pas agar azmin tidak akan mempertimbangkan adun pas sebagai exco kecuali adun katak pas.