Wednesday, November 6, 2013

Amaran PAS Kepada Karpal Singh - "Tolong Jaga Mulut"


Apabila Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim menujukan kata-kata kepada Karpal, “Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR,” dengan sendirinya bermaksud, "Tolong jaga mulut anda!".

Hari ini PAS secara rasminya membantah saranan Karpal yang mencadangkan parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ianya serius dan membahayakan.

Dari kenyataan bantahan itu bermakna, dengan sendirinya Tuan Ibrahim turut membuat kenyataan bagi pihak UMNO, MCA dan MIC.

Berikut adalah laporan penuh kenyataan rasmi PAS yang disiarkan oleh Harakah Daily;
KUALA LUMPUR: PAS membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ianya serius dan membahayakan. 
“PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal tidak memahami perjuangan PAS,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Justeru, beliau bertanya apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyarakat majmuk di Malaysia.  
Beliau menambah, nilailah sendiri kepada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim. 
“Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan?” tanya Tuan Ibrahim lagi.
Beliau berkata, Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata mengikut sedap hati.
“Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini. Kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya.
Sehubungan itu, kata beliau PAS menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut. 
“Di atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau,” tegas beliau.

4 comments:

Anonymous said...

Lagi banyak PAS bergaduh dengan DAP lagi baik untuk orang2 Melayu Islam. Kita kena tanya PKR samada dia sokong DAP tau PAS dalam isu ini. Jangan diam je bila tersepit, Jawap Anwar..jawap...

Anonymous said...

Saya bersetuju 50% dgn Karpal iaitu hanya parti yg berasaskan ugama saja tidak di benarkan.Pada pandangan saya,bagi sebuah negara yg di perentah oleh orang Islam,parti atas nama Islam tidak di perlukan lagi,keran adalah satu kewajipan mana-mana umat Islam yg diberi kuasa oleh Allah utk menjadi pemerentah berniat dan berusaha seboleh mungkin utk mendaulatkan Islam,manakala seluruh umat Islam yg di perentahnya pula perlu memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada beliau dan sentisa mendoakan agar beliau mampu mendaulatkan Islam.Bukan seperti yg berlaku sekarang umat Islam sendiri mahu menjatuhkan pemerentah yg sudah pun Islam dan telah pun melaksanakan berbagai-bagai kebaikan menurut Islam.

Anonymous said...

BENARKAH UMNO ADIL KEPADA ORANG MELAYU ?

PRK Sungai Limau mendedahkan sikap sebenar Umno terhadap orang melayu. Orang melayu mendapat layanan seolah-olah “ anak tiri “ daripada Umno. Sedangkan orang cina mendapat layan seolah-olah “ anak emas “. Begitu sekali Umno memperlakukan orang melayu kerana hendak mengejar undi orang cina yang tak seberapa pun. Betapa hinanya, murahnya, tidak bernilai undi orang melayu kepada Umno.

Ramai orang melayu tak sedar tentang hal ini. Mungkin pada mereka tak ada apa-apa. Pada hakikatnya Umno sebuah parti melayu telah menghina bangsa yang berjasa kepadanya semasa Umno “ nyawa-nyawa ikan “ di arena PRU13 baru-baru ini.

Cuba anda lihat agihan bantuan kepada sekolah-sekolah oleh Umno semasa PRK Sungai Limau. Berapa yang sekolah melayu dapat dan berapa pula yang sekolah cina dapat ? Saya terasa sangat seolah-olah murid sekolah melayu tak ubah macam sampah yang tidak ada nilai langsung jika hendak dibandingkan dengan murid sekolah cina. Tiga sekolah cina mendapat 2.5 juta sedangkan 12 sekolah melayu hanya mendapat 1.2 juta. Maknanya market price sekolah cina adalah lebih tinggi daripada sekolah melayu pada kadar RM0.80 juta bagi satu sekolah cina dibandingkan dengan RM0.10 juta bagi satu sekolah melayu. HINA NYA SEKOLAH MELAYU DI MATA UMNO, MURAHNYA HARGA SEKOLAH MELAYU DIMATA UMNO.

Mengejutkan, saya terjumpa dalam blog SRJK Aik Min di Sungai Limau hanya ada 15 orang murid tetapi mendapat bantuan sebanyak 1 juta. Saya tidak ada maklumat berapa murid di SK Bukit Besar dalam DUN Sungai Limau, tetapi saya percaya murid sekolah itu ramai dan mungkin 500 atau lebih. Berapa SK Bukit Besar dapat, Cuma RM0.1O juta sahaja.

Bersetujukah anda dengan saya bahawa di mata Umno nilai atau harga satu orang murid cina dengan nilai atau harga satu orang murid melayu seumpama “ langit dengan bumi “. Di SRJK Aik Min harga atau nilai satu orang muridnya adalah RM66,666.00 (mengambil kira jumlah murid 15 orang). Berapa pula harga atau nilai satu orang murid di SK Bukit Besar ? Memeranjatkan, menyedihkan, rasa terhina bila satu orang murid di SK Bukit Besar cuma berharga atau bernilai RM200.00 sahaja (mengambil kira jumlah murid 500 orang).

Saya tidak tahu adakah para guru di sekolah melayu ada membuat kiraan secara metamatikal seperti yang saya buat. Saya yakin mereka tidak buat kerana guru sekolah melayu ini tidak berapa cekap metamatik sangat jika hendak dibandingkan dengan guru sekolah cina. Kalau guru sekolah melayu betul-betul cekap metamatik awal-awal lagi mereka ada membuat kiraan metamatik, dan saya percaya mereka akan memprotes secara diam kepada Pak Menteri mereka iaitu Muhyidin Yassin, dan akibatnya Umno akan kalah lebih teruk lagi di PRK Sungai Limau, dan Pas akan mendapat majority yang lebih besar daripada yang Pas dapat masa calonya adalah arwah Ustaz Azizan.

Saya simpulkan bahawa apa yang berlaku pada PRK Sungai Limau ini adalah UMNO MENGHINA ORANG MELAYU, UMNO MENGHINA SEKOLAH MELAYU, UMNO MENGHINA GURU-GURU MELAYU DAN UMNO MENGHINA MURID-MURID MELAYU. Dan atas sebab itu lah walaupun saya ini seorang yang Pro Umno tetapi bersyukur bila Umno kalah di PRK Sungai Limau sebab saya tidak mahu orang melayu yang berfikiran seperti saya bertindak menolak Umno lagi pada PRK yang akan datang, dan yang paling saya tidak mahu adalah orang melayu menolak Umno pada PRU14 yang akan datang.

WAHAI PEMIMPIN UMNO, JANGAN LAH KAU ULANGI PENGHINAAN KE ATAS BANGSA MU SENDIRI SEPERTI MANA YANG KAU LAKUKAN DI DALAM PRK SUNGAI LIMAU PADA 4 NOV 2013 DI MASA AKAN DATANG. CUKUP CUKUP LAH ……..

Saudara BLOGGER, saya mohon tuan siarkan posting saya ini. Saya tidak halangan jika tuan ingin menjadikan isu yang saya bangkitkan sebagai bahan untuk artikel anda. SESUNGGUHNYA SAYA MAHU SELAMATKAN UMNO DARIPADA DIHUKUM OLEH ORANG MELAYU SENDIRI. SAYA MASIH MAHUKAN UMNO UNTUK JAGA MELAYU DAN ISLAM.

Ana Muslimah

Anonymous said...

ANA MUSLIMAH....
INILAH HADIAH DARI FAHAMAN BARU UMNO "LIBERAL AND PROGRESIF"
AKU PUN DAH MULA BENCI KAT UMNO, WALAUPUN DULU MEMANG UMNO PUJAAN KU....DI ERA TUN MAHATHIR.
PENYOKONG LIBERAL DAN PROGRESIF WAJAR ERJUANG SAMA ANWAR PKR.
UMNO UNTUK JAGE KETUANAN DAN KEPENTINGAN MELAYU.......KALAU TIDAK PERKASA PILIHANKU.