"Jika kita beri 10 ekar setiap orang, sekitar 79,000 orang akan mendapat faedah tetapi kita sedang mempertimbangkan memberi lima ekar kepada setiap orang supaya lebih ramai dapat memiliki tanah" - Mazlan Aliman
Posting di bawah sebenarnya telah disiarkan pada 28 Mei 2011. Namun bila terbaca kenyatan Mazlan Aliman di atas, tergerak hati untuk menyiarkan semula.
Mazlan cadang bubarkan Felda Plantations dan syorkan agih-agihkan pada anak peneroka. Cuba dia minta dengan MB Kelantan, boleh dapatkah? S. Gobalakrishnan semasa masih bersama PKR pun beli tanah di Lojing untuk tanam sayur secara besar-besaran dan bukannya dapat percuma.
Berikut adalah posting berkenaan:
Felda bukan lahir terus jadi kaya dan punya bisnes besar.
Felda ditubuhkan untuk elakkan pusaka tanah menjadi kecil bila dipusakai oleh generasi yang berikut. Contoh datuk ada 12 ekar, turun kepada anak seramai 4 orang maka mengecil jadi 3 ekar seorang. Andaikan tiap-tiap anak tadi ada pula anak 2 orang dapat 1.5 ekar seorang.
Jika dari generasi ke generasi diturunkan, akhirnya tiap-tiap waris hanya dapat 3 batang kelapa sawit atau getah seorang.
Ini sebenarnya sebenarnya idea asal Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditubuhkan, iaitu mengelakkan pecahan pemilikan kepada unit-unit yang kecil dan tidak ekonomik.
Tapi PAS tidak berfikir dan mengkaji asas dan tujuan Felda ditubuhkan. Dek kerana hasutan 'jembalang tanah', PAS jadi 'Pak Angguk Sengal' terjebak dengan idea bebal Mazlan Aliman.
Pemimpin Perikatan dan kemudian BN bukannya nak lahirkan petani-petani kecil dari generasi ke generasi. Ada akal kurnian Allah tolong gunakan dan bukannya menunggu habuan insan 'anugerah tuhan' untuk ubah nasib masa depan.
Dari situlah, Felda mengambil pendirian untuk pelbagaikan aktiviti dalam perniagaannya.
Hal ini 'ANAK' manja Mazlan Aliman tak pernah terfikir. Yang dia tahu nak minta tanah. Kerajaan Perikatan (dulu) & BN (sekarang) asalnya mahukan orang-orang kampung yang hendak jadi petani kecil, tapi tak punya tanah untuk diwarisi berupaya menjana pendapatan yang lebih tinggi dan mampu hantar anak pergi sekolah. Tapi bila kena tang Mazlan Aliman, bapa hantar pergi sekolah, dia main-main dan akhirnya kantoi. Sudahnya jadilah satu orang yang kesana-sini umpama orang mereng nak jadi orang kaya segera.
Langkah pertama Mazliman dah berjaya, bila PAS dah bagi dia satu pejabat selesa di tingkat 3, Ibu Pejabat PAS (lihat gambar bawah). Langkah kedua yang dia belum dapat ialah jadi menteri jaga Felda kalau Anwar Ibrahim jadi PM. Sorry Mazlan, jangan mimpilah!
Mazlan dah dapat pejabat yang selesa, orang-orang yang dia hasut dapat apa? Jawapannya mudah, kau orang akan jadi hamba abdi.
p/s artikel ini adalah menjawab laporan Harakahdaily, klik [SINI].
No comments:
Post a Comment