Saturday, June 4, 2011

Pasca Pemilihan PAS - Kawalan Ketat Untuk Penyokong Kelantan Dan Terengganu

Selepas orang Terengganu menang tanpa bertanding jawatan Presiden PAS dan kenyataan awal Mursyidul Am yang mengarahkan undi kepada orang Kelantan, kini PDRM Terengganu bersiap-sedia memberi kawalan ketat kepada para penyokong Kelantan dan Terengganu.

Tetapi ini bukan hal politik tetapi hal sukan.

KUALA TERENGGANU 4 Jun — Polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini ketika berlangsung perlawanan sengit menentukan juara Liga Super antara Terengganu dan Kelantan, Isnin ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata seramai 648 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditugaskan bagi mengawasi keadaan di luar dan di dalam stadium bagi memastikan tiada kekacauan berlaku.

Katanya, pemeriksaan rapi pada badan dan beg setiap penonton akan dilakukan di pintu masuk stadium bagi mengesan kemungkinan ada penyokong membawa masuk barangan berbahaya seperti senjata atau mercun.

"Saya menyeru penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penonton yang sengaja mencetuskan kekacauan sebelum, semasa atau selepas perlawanan itu. - Bernama/Utusan

No comments: