Friday, August 26, 2011

Bloger Pro-PR Semakin Sedar Kelembapan Pakatan Rakyat

Blogger pro-Pakatan Rakyat kini bimbang dengan tindak tanduk pucuk pimpinan mereka yang pada pandangan mereka sendiri, begitu ketinggalan dan lembab berbanding BN.

Berikut diperturukan petikan ulasan Kelab Greenboc:-
Demikian Nazri yang berkepala batu bercakap bagipihak kerajaan yang telah dua kali memuktamadkan keputusan mengenai nisbah wakil panel di dalam jawatankuasa Khas Parlimen. Kali pertama ialah pada pertengahan bulan Ogos: Boleh baca: Nazri Memuktamadkan PSC, Rakyat Boleh Memuktamadkan BERSIH 3.0 Diteruskan

Sedangkan Pakatan Rakyat atau BERSIH belum memuktamadkan sebarang keputusan. Masih bermain-main dengan perkatan "mungkin", "kalau", "jika" dan seumpamanya.

Rentak permainan politik sudah semakin cepat mutakhir ini sedangkan GB lihat PR belum dapat mengikut tempo, masih dengan "dondang sayang" dan terhegeh-hegeh membuat keputusan.

Keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti, kata Datuk Seri Anwar, sedangkan pihak BN sudah pun membuat dan menyatakan keputusan muktamadnya sekarang.

GB lihat disinilah kelemahan asas PR. Samada PAS PKR atau DAP. Suka melengah-lengahkan (procrastinate) dan akhirnya melopong sendiri.

Seperti contoh isu gereja. PAS membuat keputusan untuk bertemu dengan dua-dua pihak, JAIS dan pihak gereja. Masa diambil selepas keputusan jawatankuasa tertinggi PAS dibuat dengan surat dibuat oleh Setiasaha Agong mengambil masa sampai seminggu lamanya. Sedang GB sudah berpesansebelumnya. Petikan:

Kita harap ia TIDAK TERLALU LEWAT sebelum isunya berjaya dimanipulasi dan dieksploitasikan musuh.

Sekarang pun dah wujud tanda-tanda besar ianya telah dimanipulasikan sedemikian rupa oleh media massa arus perdana.


Apa yang GB khuatiri menjadi kenyataan akhirnya. Pihak tertentu berjaya menyucuk jarum kepada kedua-dua pihak, JAIS dan GEREJA supaya "menolak" atau "menangguhkan" pertemuan dengan PAS. Akhirnya PAS juga yang melopong!

Keputusan telah dibuat, apa perlu lagi beri ruang untuk syaitan bergerak dicelah-celahan rekahan saf? Tidak perlu lagi terhegeh-hegeh. Inilah kaedah politik semasa, kerana ini era teknologi maklumat, ini zaman serba cepat serba pantas. Ini bukan lagi zaman mesin taip buruk, bukan lagi zaman untuk pak-pak tua jadi politikus, ini bukan lagi zaman bersilat pulut untuk memperbanyakkan bunga sebelum menerpa musuh.

Apabila pimpinan PAS telah buat keputusan untuk menemui JAIS dan Gereja,sepatutnya semua ahli mensyuarat berdiri berbaiah dan terus bergerak ke pejabat kedua-dua pihak. Tanpa lengah tanpa press conference.

GB tak nampak PR boleh berjaya dengan corak permainannya masih tidak berubah. Maaf cakap, kegagalan PR ke Putrajaya dulu adalah disebabkan penyakit PROCRASTINATION ini yang menyebabkan musuh mengambil peluang bertindak dua kali lebih pantas untuk mengatasi perencanaan PR. Dibawa lari wakil rakyatnya ke Jepun. Musnah segala impian PR.

Agaknya pihak pimpinan PR tak baca Art Of War Sun Tzu. Kalau baca pun hanya sebagai bahan penglipur lara bukan untuk menjadi strategist dalam politik semasa.

Tatkala ini pun momentum BERSIH 2.0 dah sejuk. Diperburukkan lagi isu gereja. PR masih lagi begitukah? Rakyat dah mula sangap semula.

GB pesan: Buat keputusan sekarang, kalau tak mahu dipermainkan lagi oleh BN, LANCARKAN BERSIH 3.0 SEGERA!
Seperkara lagi yang buat para blogger pro PR kehilangan kata-kata ialah kenyataan dalam video di bawah,

No comments: