Terkini dari FMT melaporkan MB Selangor TS Khalid Ibrahim gagal dalam permohonannya di mahkamah tinggi.
SHAH ALAM: Permohonan Kerajaan Negeri Selangor,Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk membatalkan saman 711 pengguna air terhadap mereka ditolak Mahkamah Tinggi di sini pagi tadi.
Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pagi tadi.
Kumpulan itu adalah kumpulan pertama pengguna air Selangor yang mengambil tindakan undang-undang pada September lalu kerana gagal memberikan bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008 Pakatan Rakyat.
2 comments:
Tu baru kumpulan pertama... kumpulan kedua dari makjan-makjan akan menyusul. Bersedia je la kahlid gagap. Sendiri cari pasal, sendiri la selesai masalah. Patut la hutang dengan bank islam pun tak selesai-selesai lagi. Ego terlalu tinggi...
itu lah dia kalau rasa diri dah perfect sangat..tingkah laku dia, tutur katanya selama ini macam bagus jer..Itu lah dia kalau nuntut dengan tok guru yang salah..itulah dia janji rock..
Post a Comment