Thursday, February 20, 2014

Anwar Menduga Kecerdikan Pengundi DUN Kajang Melalui 7 Isu Setempat


Pengundi-pengundi di kawasan DUN Kajang sewajarnya berfikir dengan bijaksana dalam membuat keputusan samada menerima atau menolak DS Anwar Ibrahim sebagai Adun mereka.

Dengan pelbagai teori politik peringkat nasional dihujahkan oleh Anwar sepanjang pra-kempen PRK Kajang sebelum ini, akhirnya para pengundi Kajang disuakan pula dengan '7 Keutamaan Kajang' yang mengkhususkan kepada permasalahan setempat.

Dengan 4 daripadanya adalah melibat pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Kajang), iaitu isu-isu pengurusan peniaga dan penjaja kecil, kesesakan lalulintas, perkhidmatan MPKj dan kebersihan serta pengurusan sampah, adalah isu-isu yang boleh diselesaikan tanpa tanpa perlu menabalkan Anwar sebagai Adun Kajang.

Apakah Anwar menganggap dirinya sebagai pemimpin dari langit yang boleh menyelesaikan masalah-masalah tersebut, mengatasi MB Selangor TS Khalid Ibrahim berserta 10 anggota Exco dibawahnya?

Begitu juga dengan isu bantuan keluarga miskin, ia sepatutnya tidak menjadi isu kerana Kerajaan Selangor telah pun masuk ke fasa kedua program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.

Kesimpulannya, '7 Keutamaan Kajang' yang dikemukakan oleh Anwar itu lebih menjurus kepada penonjolan imej yang kononnya dirinya adalah memahami dengan isu-isu setempat. Walhal, jika Kerajaan PR Selangor benar-benar serius, ia boleh diselesaikan pada hari ini jua.

Kewarasan dan kebijaksanaan pengundi Kajang adalah amat penting, supaya tidak terpedaya dengan ketokohan Anwar. Cukup dengan apa yang terjadi di kawasan DUN Pelabuhan Klang yang berwakil rakyatkan Khalid Ibrahim, tetapi penyelesaian terhadap isu-isu setempat tidak menampakkan sebarang impak besar.

Mungkin Khalid menjadikan alasan dirinya sebok dengan tugasan sebagai MB, namun ia tidak mustahil pula akan berlaku pada Anwar yang umum sedia maklum bahawa beliau adalah Ketua Pembangkang dan tokoh peringkat nasional. Lantas, apakah beliau boleh fokus kepada isu-isu di Kajang?

2 comments:

Anonymous said...

DUN Kajang telah menjadi di bawah pentadbiran Pakatan, atau khusus wakil DUN PKR, semenjak PRU12 2008. Menteri Besar nya pun dari PKR. Kalau lah semenjak 2008 tidak diselesaikan masalah-masalah yang dibangkitkan, ianya bukan disebabkan UMNO/BN, tetapi pentadbiran Pakatan dan PKR. Masalah diungkit Anuar merupakan membuka pekung sendiri. Percaya lah, undi Anuar pada PRK ini tidak akan menukar apa-apa atau membawa sebarang kebaikan kepada DUN Kajang. Lihat lah di Permatang Pauh di bawah Azizah dan Anuar.

Anonymous said...

Apa yang di perkatakan oleh Anwar tu semuanya menunjukkan ketidakupayaan PKR mentadbir negeri. Namun itu bukan matlamat beliau. Yang sebenarnya beliau lebih menumpukan hasil yang akan di perolehi oleh kerajaan Selangor dan agak2 kemane lah nak di songlap duit tu nanti.