Sunday, June 3, 2012

Khalid Ibrahim Biadab Perdaya Sultan Dalam Perlantikan Jawatan-Jawatan Utama Masjid Selangor?


Termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, masjid dan surau adalah dibawah pemilikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pada masa yang sama, MAIS adalah dibawah bidang kuasa Sultan.

Secara langsung, ini bermakna bila berlangsung pencalonan untuk Jawatankuasa dan Pegawai Masjid di setiap kariah seluruh Selangor untuk sesi 2012-2015, MAIS adalah berkuasa mutlak dalam menentukan perlantikan tersebut.

Namun begitu, Jabatan Agama Islam yang dibawah portfolio yang dipengerusikan oleh MB Selangor sendiri adalah mewakili MAIS di setiap daerah, melalui Pejabat-Pejabat Agama Daerah (PAID).

Bila kuasa ini diperturunkan kepada PAID, maka dari situlah berlakunya hijack kuasa pemilihan oleh Pakatan Rakyat. Ia berlaku, apabila wujud unsur campurtangan dari ADUN Pakatan Rakyat, Penyelaras DUN dan Pengerusi JKKK/Ketua Kampung. Hakikatnya, mereka yang disebutkan diatas telah memberi tekanan kepada PAID dalam membuat rekomendasi kepada MAIS.

MAIS pula, kemudiannya telah memanjangkan rekomendasi PAID kepada Orang Besar Daerah (OBD) sebagai pengerusi panel pemilihan untuk membuat keputusan.

Oleh sebab itulah, berlaku rungutan dan ketidakpuasan hati dikebanyakan kariah masjid apabila perlantikan jawatan-jawatan utama (Nazr, Imam 1 dan Imam 2) yang diumumkan, bukan berdasarkan keputusan pencalonan Mesyuarat Agong Khas Masjid di kariah masing-masing.

Pengumuman perlantikan dibuat oleh Pengerusi JKKK/Ketua Kampung dan mereka menjual nama OBD kepada ahli-ahli kariah, dengan mengatakan bahawa keputusan dibuat oleh OBD.

Kini, perlantikan jawatan-jawatan utama iaitu Nazir, Imam 1 dan Imam 2 telah diumumkan dan berkuatkuasa pada 1 Jun 2012, namun tidak mengikut petunjuk dan isyarat dari ahli-ahli kariah melalui pencalonan yang telah dibuat. Kecoh di kariah-kariah telah bermula.

Malangnya, OBD telah menjadi mangsa kecaman akibat dari salah nasihat yang telah diberikan oleh Pakatan Rakyat melalui PAID, oleh ahli-ahli kariah yang tidak faham duduk perkara yang sebenar. Pada masa yang sama, Khalid berpeluk tubuh seolah-olah tiada campurtangan darinya.

Ternyata, MB Selangor itu telah dengan sengaja menimbulkan kekecohan dan secara langsung menampakkan yang kebiadaban beliau yang telah 'memperdaya' MAIS yan dibawah bidangkuasa terus Duli Tuanku Sultan.

6 comments:

Anonymous said...

Di Masjid kampong Raja Uda Pelabuhan Kelang, di mana calon yang mendapat 99 undi tidak terpilih sebagai Nazir tetapi Yang Di Pertua PAS Klang, Hj Ismail Arsat yang mendapat 66 undi telah terpilih sebagai Nazir. PAS mahu SPRM BERSIH, tetapi dalam Masjid mereka tak BERSIH. Di mana demokrasi yang PAS laung laungkan?
Imam 2 dimuat turun sendiri oleh Ketua Kampong. Kariah tidak memilih beliau.
Salah seorang AJK yang di pilih oleh anak kariah, di gugurkan kerana isteri beliau ada lah orang kuat Wanita UMNO. Digantikan dengan Ahli PAS.

Anonymous said...

Bila melayu kristian dalam pkr dan pas masuk campur dalam urusan org islam, ini jadinya. Berjihat dan hapuskan agen-agen kristian melayu yang bertopengkan islam...

Anonymous said...

yg tak kecoh pelantikan jawatan utama....memang dah sejak dari Bn pegang Selangor orang paling layak dan ditentukan oleh kariah lagi....serta penyandang condong ke pembangkangpun.....

Anonymous said...

Di Masjid Jamek Fastabiqul Khairat Batu Tiga ketika undian hendak dimulakan,sebuah peti undi telah sedia mengandungi 58 kertas undi untuk jawatan NAZIR dan 15 kertas undi untuk jawatan TIMBALAN NAZIR. JAIS berjanji untuk menyiasat dan menggantung jawatan terbabit sehingga keputusan namun jawatankuasa masjid telah bertindak mengiktiraf NAZIR dan TIMBALAN NAZIR. mereka menggelar kumpulan mereka sebagai pencari keredhaan sedang kumpulan yang buat bantahan berhubung perkara tersebut sebagai pembuat huru hara... sedangkan mereka secara terang2 menipu dan memanipulasi untuk mengekal kemenngan secara MENIPU...

NasakTion said...

PAS adalah PARTI...PAS bukan ISLAM...ISLAM adalah Agama dan Hak ALLAH SWT...PAS tiada Berhak...PAS menjual ISLAM utk Kepentingan Dunia yg Sedikit.

Anonymous said...

Di Masjid Jamek Batu Arang juga berlaku kes begini, apabila 3 org nama calon nazir yg mendapat undian tertinggi langsung tidak di pilih menjadi Nazir. sebalik bekas Nazir(Yang Dipertua PAS Batu Arang)di pilih semula menjadi nazir sedangkan dari segi undian beliau langsung tidak layak menjadi calon pun. jelas sekali kepimpinan beliau di tolok oleh anak kariah. begitu juga dengan jawatan imam 1, dimana org yg tidak di calon di angkat menjadi imam 1, manakala calon yg mendapat undian tertinggi di letakan sebagai imam 2..ini sikap double standard mereka dalam melaksanakan pemilihan yg BERSIH..saya di fahamkan ada tangan2 ghaib mengubah keputusan ini di saat akhir..nampak sungguh mereka ini gilakan kuasa..serta tidak boleh menerima hakikat kepimpinan mereka di tolak oleh anak kariah masjid jamek batu arang..