Tuesday, June 5, 2012

Ramai Yang Tidak Perasan Wujud Persaingan Najib Dan Hadi Dalam Merebut Wanita


Bila PM membuat keputusan untuk memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita yang dikosongkan oleh DS Sharizat Jalil, Keluarga dan Masyarakat, banyak pihak apatah lagi pembangkang tertawa dan mempersendakan tindakan tersebut.

Mungkin tawa pihak pembangkang begitu terbahak-bahak dan terguling-guling.

Namun, mereka tidak sedar bahawa tindakan PM adalah tindakan yang amat bijak dari segi strategi politik lantaran beliau faham naluri wanita. Wanita, hakikatnya amat sukar berubah pendirian dan inilah yang amat diberi perhatian oleh DS Najib.

Seperkara lagi, kementerian ini juga bertanggung jawab dalam hal-hal kebajikan dan Najib mengambil pelang ini untuk mendengar sendiri rintihan dan memahami kesusahan rakyat.

Sebaliknya, bagi Presiden PAS DS Hadi Awang ia baru sahaja memulakan persaingan dengan Najib dalam merebut wanita pada Jumaat lalu sempena 'Munajat & Himpunan Hijau Menuju Putra Jaya' yang berlangsung di Alor Setar.

Dalam menggariskan 'Roadmap Ke Putra Jaya' Hadi ada menyentuh berkenaan pentingnya undi wanita di perkara 9 dari 12 perkara yang digariskan;


Nampaknya Hadi masih terkial-kial memacu PAS menggantikan UMNO, manakala Najib awal-awal membuat keputusan (yang kelihatan kelakar dan ganjil serta mengundang tawa dipihak pembangkang) bijak meninggalkan Hadi jauh di belakang dalam berebut wanita!

No comments: