KL Pos melaporkan rasa tidak puas hati anak-anak kariah Masjid Al-Husna, Bandar Sunway [laporan klik SINI] berhubung pengumuman perlantikan Pegawai dan AJK masjid berkenaan oleh MAIS.
Menurut laporan berkenaan senarai yang diumumkan adalah berlawanan sama sekali dengan pencalonan yang dibuat oleh anak-anak kariah melalui mesyuarat agong khas mereka.
Saya sendiri telah menghubungi seorang anak kariah masjid berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Maklumat yang diberikan kepada saya, bagi jawatan Nazir yang diumumkan adalah calon yang sekadar mendapat kurang dari 50 undi. Walhal untuk calon yang mendapat 100 lebih undi tidak terpilih.
Malahan, tambah sumber tersebut lagi, Imam I yang dicalonkan tanpa sebarang saingan telah diketepikan sama sekali.
Sebenarnya, apa yang berlaku di Masjid Al-Husna turut telah berlaku di Kg Raja Uda, Pelabuhan Klang. Menariknya yang berlaku di sana, YDP PAS Kawasan Klang telah kecundang dalam pencalonan. Namun, telah YDP PAS itu telah diumumkan sebagai Nazir. [ Baca kisahnya di SINI]
Hakikatnya, peranan ADUN atau Penyelaras DUN Pakatan Rakyat dalam menentukan perlantikan Pegawai & AJK Masjid sememangnya berlaku. [Klik SINI]
Itu sebabnya, dalam kes Masjid Al-Husna campurtangan ADUN Seri Setia Nik Nazmi sememangnya tidak dapat ditolak.
Oleh kerana sistem pemilihan ini diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, maka apa pula alasan mereka untuk menolak keputusan majoriti?
Jawapannya adalah kerana Nik Nazmi percaya bahawa wujud anak kariah hantu di kariah Masjid Al-Husna!

2 comments:
Nik ni pi mane pun bagi masalah. Dulu masa belajar pun dia buat hal kat Masjid Yayasan Saad, Tg Malim dgn subahat dgn pensyarah2 ala Pas. Kecoh sampai mak bapa tanya di Kolej Agama ke apa...Tak habis2 bermasalah dia ni.
inilah akibatnya kalau buat sesuatu tak ikhlas dan tak pandai nak mentadbir
Post a Comment