Thursday, December 6, 2012

Isu Selangor : Khalid Ibrahim & Yaakob Sapari Semakin Goyang - Disyakki Subahat Lesapkan 42 Juta Tan Metrik Pasir Setahun?


MB Selangor TS Khalid Ibrahim bagai melatah apabila digeletek oleh oleh Koordinator BN Selangor DS Mohd Zin Mohamed.

Dalam responsnya terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh Zin dalam sidang medianya pada 4 Disember 2012, Khalid masih tetap mempertahankan bahawa hasil royalti pasir yang dikutip oleh kerajaan dibawah pentadbiran adalah lebih baik dari Kerajaan BN sebelumnya.

Khalid dalam menjawab persoalan tersebut mendakwa bahawa hasil pendapatan sumber pasir telah menjangkau RM150 juta, iaitu angka yang merujuk kepada keseluruhan jualan oleh pemegang konsesi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan royalti pasir yang dipungut oleh Kerajaan Negeri.

Jawapan Khalid ini disiarkan oleh Media Selangorku, mendedahkan perangkaan yang berikut:-


Berbalik kepada persoalan asal yang dibangkitkan oleh Zin, isu yang diajukan ialah,
  • Perlombongan yang berleluasa tanpa kawalan; dan
  • Sasaran kutipan royalti RM150 yang tidak tercapai
Secara perbandingan antara keluaran pasir untuk tahun 2009 dengan 2010 pertambahannya menjangkau 232%. Sementara perbandingan antara 2010 dengan 2011 ia meningkat sebanyak 36%.

Ini membuktikan dakwaan Zin terhadap perlombongan pasir tanpa kawalan ada asasnya.

Rujuk Jadual 1 di bawah. Kita akan dapat melihat dengan jelas unjuran keluaran pasir untuk tempoh 2008 - 2011, berserta dengan anggaran royalti pasir yang dipungut oleh Kerajaan Selangor.

Jadual 1

Sebelum ini, saya telah mendedahkan kesilapan Exco Yaakob Sapari yang telah tersilap dalam membuat kiraan. Mungkin kerana keghairahan untuk menunjukkan bahawa Kerajaan PR hari ini adalah lebih baik Kerajaan BN, akhirnya Yaakob telah tersilap congak. [Baca pendedahan awal di SINI]

Diperturunkan hansard yang membabitkan kenyataan Yaakob yang begitu yakin dengan kutipan RM150 juta dari royalti pasir.

Sumber : m.s 10 & 11 Hansard Sidang DUN Selangor
Oleh kerana terlalu ingin menunjuk pandai dan seolah-olah tidak mempercayai maklumat dari para pegawai-pegawainya,  Yaakob telah dengan secara melulu merujuk kepada REHDA untuk mendapatkan maklumat permintaan pasir tahunan seluruh Selangor.

Sikap Yaakob yang tidak mempercayai para pegawai bawahannya ini, akhirnya memerangkap dirinya. Pertama, tanpa usul periksa beliau bersetuju bahawa keluaran pasir di Selangor mencukupi untuk memenuhi permintaan REHDA 50 juta tan metrik dan yang kedua tanpa usul periksa menganggap royalti pasir adalah RM3/tan metrik, kadar sebenarnya ialah RM3/meter padu.

Lantas dengan sikap melulu ini, Yaakob telah mengumumkan bahawa jangkaan hasil royalti pasir ialah RM150 juta.

Jika bersandarkan kepada Jadual 1 pengeluaran pasir yang tertera di atas, ternyata bahawa kapasiti maksimum sehingga 2011 adalah sekadar 8 juta tan metrik. Secara relatifnya keluaran pasir Selangor hanya sekadar menampung 16% daripada keseluruhan permintaan REHDA.

Daripada fakta-fakta di atas, jelas bahawa ia membawa kepada keraguan-keraguan baru;
  • Apakah 84% daripada keluaran pasir bersamaan 42 juta tan metrik Selangor dilombong secara haram dan Kerajaan PR Selangor bersubahat dalam aktiviti tersebut?
  • Kalau sekadar kapasiti pengeluaran 8% pun sudah memberi kesan kepada eko-sistem, apakah pula bentuk bencana kalau kapasiti pengeluaran mencapai tahap 100%?
  • Mengapa Khalid tidak menyerta data-data pengeluaran pasir untuk tempoh 2005-2007 yang didakwa lebih rendah kutipan hasilnya oleh PR, bagi mempermudahkan rakyat membuat penghakiman?
  • Sejak PR memerintah, mereka tidak pernah mengutip royalti RM17 juta setahun seperti yang dikutip oleh BN (rujuk hansard) dan anggaran kutipan royalti PR tertera dalam Jadual 1 diatas
Kesimpulannya, soalan-soalan yang diajukan oleh Koordinator BN Selangor itu telah menjadi Kerajaan PR Selangor menjadi kelam kabut, malah menguatkan keraguan kita terhadap mereka.

Atau secara mudah bagi Kerajaan PR Selangor, akuilah bahawa segala-galanya berpunca dari Exco Yaakob Sapari yang telah tersalah congak dan agakan, seolah-olah industri pasir Selangor adalah semudah berniaga aiskrim di pasar tani.

No comments: