Monday, July 18, 2011

Misteri Tok Sogo dan Kisah Kepapaan Bekas Pemimpin UMNO Bahagian


Bila menonton video Pak Cik Sogo di atas, maka terkenang kisah seorang bekas pemimpin politik di Klang bernama Tok Mohd Sidin ditahun 50an.

Beliau dikatakan pernah memimpin UMNO Klang semasa pra merdeka dan pernah menjadi wakil rakyat selepas PRU1.

Oleh kerana, saya tidak pernah berjumpa dengan keturunan dari Tok Mohd Sidin yang menjadi pemimpin di Klang, saya pernah mengajukan soalan kepada seorang bekas Ketua Kampung (dihujung 90an).

Saya diberitahu bahawa arwah dihujung hayatnya tinggal bersendirian menumpang di Masjid India Klang. Beliau dikatakan tidak berharta dan disifatkan oleh bekas Ketua Kampung tersebut sebagai "mangsa kepada kejujuran dan kebaikan dirinya sendiri".

Beliau dikatakan telah muflis lantaran menjadi penjamin pinjaman seorang rakannya. Saya selalu dipesan, kalau hendak jadi pejuang jangan berangan untuk jadi jutawan. Pejuang sejati, tidak mati sebagai jutawan.

Tidak pasti samada cerita ini betul atau tidak. Kepada sesiapa yang mengetahui kisah dan riwayat arwah Tok Mohd Sidin, sila hubungi Akar Umbi melalui e-mel.

Namun begitu, nama arwah telah diabadikan di sebatang jalan di pinggir bandar Klang.

2 comments:

Anonymous said...

pehhhh hebattt org tu ni. pertama kali aku tgkkk....perghhhhhh....

hebatttx100000...... lagi mulia org tua ni dari nik aziz dan hj hadi...

Anonymous said...

Mentaliti pak cik sogo 'A'...jauh lebih hebat dari pendemo bersih ! Syabas pak cik Sogo