Friday, September 6, 2013

Kejutan Ke2 Dibuat Oleh Noh Omar Dalam Tempoh Seminggu


Dalam tempoh seminggu, 2 kejutan telah dibuat oleh Pengerusi Perhubungan Selangor DS Noh Omar.

Awal minggu ini, Noh telah secara terbuka membuat kenyataan meminta Ketua-Ketua Bahagian di Selangor yang telah gagal memenangkan BN di kawasan masing-masing pada PRU13 yang lalu supaya mengundurkan diri. (Baca SINI)

Kenyataan Noh ini dilihat sebagai amat memeranjatkan kerana perlantikan Noh sebagai Pengerusi Perhubungan difahamkan adalah hasil permintaan dan 15 Ketua Bahagian dalam suatu perjumpaan dengan Presiden UMNO DS Najib Razak.

Sepatutnya sepakat membawa berkat, tetapi kenyataan Noh itu tentunya mengguris hati sebahagian besar Ketua Bahagian yang menyokong perlantikan Noh kejawatan berkenaan.

Semalam Noh membuat kejutan kedua dengan pengumuman untuk tidak mempertahankan jawatan kerusi MT UMNO yang dimenangi dalam pemilihan 2009.

"Berdasarkan senario politik semasa dalam UMNO saya dengan rasa rendah diri telah mengambil satu ketetapan tidak mencalonkan diri dalam pemilihan ahli MT yang akan datang," kata Noh seperti dilaporkan oleh Utusan.

Tidak dapat dipastikan samada keputusan Noh itu punya kaitan dengan kenyataan (meminta Ketua Bahagian yang gagal supaya berundur) awal minggu lalu.

Selain Noh, seorang lain wakil Selangor dalam MT ialah DS Mohd Zin Mohamed. Zin yang sebelum ini ialah Setia Usaha Perhubungan UMNO Selangor, telah dicicirkan terus oleh 'kumpulan 15' dan telah tidak diberikan apa-apa peranan di peringkat perhubungan.

Saya melihat ada sesuatu yang tidak kena melanda UMNO Selangor.

Jika ini berterusan, kemungkinan besar sejarah Pemilihan UMNO 1978 pasti berulang, apabila tiada wakil Selangor yang menang untuk jawatan MT apabila MB Selangor ketika itu, Dato' Hormat Rafie telah tewas dalam pemilihan berkenaan.

Untuk rekod, Hormat menggantikan Dato' Harun Idris MB Selangor, disaat-saat kekuatan politik Harun di Selangor, apatah pula beliau telah dilucutkan jawatan secara kontroversi dikaca mata para penyokongnya. Dengan populariti Harun di Selangor dan nasional yang berada dipuncak berbanding Hormat yang low-profile, lantas agak sukar bagi Hormat untuk menang kerusi MT.

Berpandukan keadaan semasa, adalah sukar untuk mana-mana wakil Selangor mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih ke jawatan MT dalam pemilihan kali ini.

Melainkan Ketua-Ketua Bahagian yang ada kembali untuk bermuafakat dan membina persefahaman, maka itulah jalan terbaik untuk memenangkan wakil-wakil Selangor. Namun begitu, perlu juga disedari bahawa kedudukan Ketua-Ketua Bahagian yang masih berminat mempertahankan jawatan, belum terjamin dengan kedudukan masing-masing.

Satu nasihat untuk Ketua-Ketua mahupun bakal-bakal Ketua, buanglah ego masing-masing dan carilah titik persamaan dan bukannya makin menambah titik perbezaan.Cukuplah dengan 2 kekalahan PRU yang sepatutnya menjadi pengajaran yang amat bermakna.

6 comments:

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan pendekatan Noh Omar. Itu adalah cara yang paling bijak dan cerdek. Dia tidak perlu menyebok nak jadi Anggota MT dalam UMNO untuk menyumbang. Tugasnya di luar MT pun bertimbun-timbun dan memerlukan tenaga yang besar (tidak dilupakan, tugas untuk famili juga besar).

Biar beliau tumpukan sepenuh masa dan perhatian memikir dan melaksanakan langkah-langkah untuk merampas semula Selangor daripada cengkaman PKR/DAP/PAS. Saya sudah meluat dengan cara PKR mentadbir negeri Selangor ini.

Didoakan supaya Dato' Seri Noh Omar berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya. PRU14 mungkin akan berlaku di dalam masa 4 tahun lagi. Itu bukanlah satu masa yang lama dalam ertikata politik. Mulakan ia dari sekarang dengan tumpuan yang sepenuh-penuhnya.

There shouldn't be any stone left unturned. You got the blessing of the power-that-be and from all of us. On your mark, Get set, Go.... InsyaAllah berjaya, YB.

nasirwise said...

Hanya Datuk Seri Noh Omar yang `tercicir’ daripada barisan Kabinet Malaysia 2013.

Penulis seakan merasa ada yang tidak kena diantara DS Najib dan DS Noh. DS Noh adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor, selepas kekalahan BN di dalam PRU12 yang lalu.

Menghampiri bahang PRU, DS Najib memilih Datuk Ir Mohd Zin Mohamed menjadi Pengarah Pilihanraya Selangor. Langkah ini mungkin diambil kerana DS Noh sibok di Kementerian Pertanian manakala Datuk Ir Mohd Zin yang lebih mempunyai masa di Selangor. Pengkhususan boleh diberikan.

Selepas Parlimen dibubarkan pada 4hb April 2013 yang lalu, penulis merasa persaingan menjadi MB Selangor bermula. DS Noh mengharapkan beliau turun ke DUN Selangor dan jika BN menang di Selangor, beliau berpeluang manyandang kerusi MB. Persaingan hebat ini hebat kerana berlakunya gelombang TUKAR di Selangor dengan pengundi Cina menyertai semua program yang dihadiri DS Najib. Semua tahu yang BN kalah dan Datuk Ir Mohd Zin tewas tipis di Parlimen Sepang. Rasa kecil hati dan tiada selesa jelas di mata DS Noh Omar ketika pengumuman dan penyerahan watikah DS Noh bertanding di Parlimen Tg Karang oleh DS Najib.


Kecil hati ini diteruskan oleh DS Najib dengan mencicirkan DS Noh Omar dari barisan Kabinet Malaysia 2013. bayangkan tekanan yang DS Noh hadapi. Seorang sahaja tidak terpilih. Kalau 5 orang Menteri barisan lama tidak terpilih, rasanya kurang sedikit tekanan dan malu.

Sebagai pencinta parti, penulis harap DS Najib dan DS Noh dapat melupakan apa jua perasan tidak puas hati atau kecil hati. Tidak mengira siapa yang kena dan mengena. Bersatulah demi agama bangsa dan Negara serta parti UMNO / BN. Saya yakin DS Noh seorang pejuang kental.

nasirwise said...

RASANYA DS NAJIB SETUJU KALAU `BLUE EYE BOY’ NYA MENGANGGOTAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO.



Salam Kemerdekaan

Sekali lagi, Datuk Irmohizan Ibrahim menjadi pilihan DS Najib Tun Razak untuk menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Sebenarnya Datuk Seri Noh Omar lebih sesuai dilantik ke jawatan tersebut tetapi oleh kerana beliau pernah menjadi Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, ia akan menjadi janggal sedikit. Dulu DS Noh menyelia LKIM, sekarang DS Noh kena menjawab kepada DS Ismail Sabri atau diselia. Pengerusi LKIM dah sama taraf dengan Pengerusi FAMA dan agensi lain dalam Kementerian Pertanian Industri Asas Tani.

Penulis risau sedikit dengan pengurusan masa Datuk Irmohizan kerana beliau juga amat aktif dengan aktiviti belia dan IM4U.Dua bidang tugas yang berlainan.IM4U biasanya anak muda manakala nelayan kebiasaannya orang dewasa.Mungkin ada arahan untuk meremajakan para nelayan di seluruh negara.Atau ada kemungkinan DS Najib lebih percaya kepada Datuk Irmohizan di dalam usaha meperkukuhkan sokongan para nelayan terhadap UMNO/BN.

Penulis cadangkan Datuk Irmohizan bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan dengan sedikit `endorsement’ secara langsung dan tidak langsung seperti perlantikan Pengerusi LKIM ini, daripada DS Najib Tun Razak atau Pejabat Perdana Menteri, beliau akan mendapat salah satu slot Ahli Majlis Tertinggi UMNO.Anak muda ini mungkin tidak perlu berenang di sungai (Pemuda) lagi tetapi di lautan (MT UMNO).


Penulisan terdahulu mengenai `blue eye boy’ DS Najib Tun Razak adalah seperti berikut:-
http://nasirwise.blogspot.com/2013/07/blue-eye-boy-ds-najib-pada-masakini.html
http://nasirwise.blogspot.com/2013/07/datuk-irmohizam-bin-ibrahim.html

Ari said...

tahniah

Anonymous said...


Betul DS. Mereka patut angkat kaki dan beri peluang pada yang lebih baik. Terutama Calon BN Kelana Jaya yang kalah tu. Macamlah dia sorang saja calon yang layak. Adake saat2 akhir calon tersebut boleh mengganti diri untuk bertanding? Siap ada protes dari penyokong nya supaya nama dia dicalonkan. Aku bukan le penyokong calon yang lagi satu tu dan juga penyokong parti lain tu. Aku adalah orang UMNO tegar, tapi itulah hakikatnya jika pencalonan BN tak jujur, tak dirancang dengan baik dan pilih kasih dlm BN tu. Tolonglah kaji semula strategi untuk UMNO atau BN nak kemali semula dlm PRU14.

profit said...

Tak terkejut pun!!!!