Tuesday, June 11, 2013
Penyelewengan Perbendaharaan Negeri Selangor - Khalid Ibrahim Peruntukkan RM5 Juta Dari Geran Selangorku Untuk Bantu Blackout 505?
MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta daripada Geran Selangorku yang kononnya untuk program memperbaiki proses demokrasi melalui Unit Pendemokrasian Selangor.
Dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh Media Selangorku semalam, Khalid berkata Kerajaan Negeri Selangor bersedia mengeluarkan peruntukan sumbangan bagi membiayai kos guaman kepada mana-mana pihak yang memfailkan petisyen pilihan raya.
Jika pembiayaan kos guaman petisyen pilihanraya dianggap sebagai membantu memperbaiki proses demokrasi, maka tidak mustahil dana RM5 juta yang diperuntukkan telah dan akan digunakan untuk menggerakkan Himpunan Blackout di seluruh negara.
Adalah keterlaluan bila perbendaharaan negeri digunakan di luar Selangor, apatah lagi ia adalah bertujuan untuk kepentingan Pakatan Rakyat.
Apakah masih tidak demokrasi apabila Pakatan Rakyat telah pun memenangi 44 kerusi dari 56 keseluruhan kerusi DUN di Selangor?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Yang bodohnye PAS, kempen pru13 ari tu bagai nak rak tapi bila dah menang, takut pulak nak jd menteri besar...
huh, kan tu BODOH namanya... nyesal aku pangkah PAS.
Bila Khalid buat sesuatu yg menguntungkan PKR, baru PAS sibuk nak komplen.. dah terlambat.. tunjukkan kredibiliti anda!!! tolong jgn jadi pasif!!! paham!!! bodoh punye PAS..
aku dah lama dulu dah memang rase bodoh kalu bagi undi kat anwar ni. rendah moral tak layak jadi pemimpin. tunggu samapi PAS boleh lead pakatan baru aku undi.
Pas takkan berani jd mb sbb kena lawan kapir dap dlm hal2 mentup pusat2 maksiat, arak, rasuah dsb. Ada teloq kaa...??
Post a Comment