Friday, October 5, 2012

Kejutan Buat Hadi Awang & Nik Aziz - Anwar Ibrahim Hadiahkan Kitab 'Tinderbox'

Gambar Hiasan: Klik SINI

Anwar Ibrahim baru-baru ini telah melancarkan buku "Tinderbox - The Past and Future of Pakistan" tulisan MJ Akbar (penulis dan wartawan India). Buku ini sebenarnya telah pun berada di pasaran pada Julai lalu dan pelancaran ini berbentuk soft-launching di Malaysia.


Apa yang terlalu istimewa hingga menguja Anwar untuk melancarkan buku tersebut di Malaysia?

Dari semakan yang dibuat, MJ Akbar menulis,
"Pakistan can become a stable modern nation, but only if the children of father of Pakistan Ali Jinnah can defeat the ideological heirs of godfather of Pakistan Maulana Maududi (founder of Jamaah Al-Islami)"

Dari tulisan di atas, jelas bahawa Anwar bersetuju dengan Akbar bahawa untuk menjadi sebuah negara maju, Malaysia mesti ditadbirsecara sekular, liberal dan demokrasi secara barat. Pendirian Anwar ini, tentunya sealiran dengan Kamal Attarturk dan ternyata berlawanan dengan ideologi yang dibawanya semasa memimpin ABIM.

Begitu menghairankan bila ulamak-ulamak dalam PAS masih percaya kepada Anwar, walhal telah ditunjukkan dalam banyak keadaan (misalnya pendirian terhadap Israel dan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam), Anwar sememangnya pendokong liberalisme.

Sebagai seorang yang berpengalaman dan telah pun berusia malah bergelar Tuan Guru, saya rasa amat sedih apabila Nik Aziz Nik Mat boleh tertutup mata dan hatinya terhadap kecenderungan Anwar.

Sering diungkapkan oleh Nik Aziz bahawa parut luka ketika penyingkiran PAS dari BN menjadi alasan untuk tidak berbaik-baik dengan UMNO. Namun, apakah Nik Aziz sendiri dapat menjangkakan bahawa suatu hari nanti ahli-ahli PAS pun akan diculik oleh Anwar untuk menyertai PKR?

Kepedihan disingkirkan dari BN, tentunya tidak sepedih apabila suatu hari nanti hanya Hadi Awang dan Nik Aziz yang tinggal dalam PAS kerana yang lain-lain lebih selesa bersama Anwar dalam PKR.

Tafsirkan sendiri ungkapan MJ Akbar,"Islam is the faith not the nationhood but the brotherhood". Juga, jangan lupa untuk menonton dua video yang memuatkan pandangan Akbar yang dipersetujui Anwar.


1 comment:

Anak Lenggong said...

Begini lah pabila perjuangan berpaksikan kepada rasa dengki dan tamakkan kuasa sehinggakan sudah buta mata dan lupa apa yang dilakukan oleh Nuar terhadap mereka..malah mereka ni yang konon nya pejuang islam rela menjadi barua dan kuli batak kepada parti yang terang2 menentang perjuangan hudud mereka.