Wednesday, October 3, 2012

Video Terbaru Khalid Ibrahim Punca Azmin Ali Nak Tukar MB Selangor


Hari ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang membayangkan kerusi MB Selangor akan diisi dengan muka baru.

Pujian melambung Azmin yang kononnya prestasi Khalid telah membawa peningkatan KDNK sebanyak 23%, melayakkan Khalid untuk berkhidmat di pusat, jika angan-angan Pakatan Rakyat mengambilalih Putra Jaya menjadi kenyataan.

Azmin mungkin telah menyedari strategi Khalid yang telah menerbitkan video promosi dirinya melalui agensi propaganda Kerajaan PR Selangor.


Tajuk video pun sudah cukup menyakitkan hati Azmin iaitu "Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Anak Selangor". Dari tajuk tersebut, sudah memadai bagi Khalid untuk memberitahu khalayak bahawa MB Selangor harus dilantik dikalangan anak kelahiran Selangor.

Difahamkan, kod negeri asal dalam kad pengenalan Azmin ialah -71-, yang bermaksud dilahirkan diluar Malaysia.

Apatah lagi, Setpol MB yang paling dibenci oleh Azmin memberi kenyataan dalam video di atas, berbunyi  "That alone, you can imagine if Tan Sri ambil for another term.......", yang bermaksud Khalid wajib diberi peluang untuk penggal yang berikutnya.

Maka tidak hairanlah bila Azmin jadi meroyan!

No comments: