MB Selangor telah memohon perkenan Tuanku Sultan untuk mengadakan Sidang Khas DUN Selangor untuk membincangkan 3 agenda iaitu kertas putih hutang Talam Corporation Berhad, hasil pelaksanaan Selangorku Bersih (pendemokrasian Selangor - keraguan terhadap pengundi yang tidak dapat dikesan) dan isu penyusunan semula industri perkhidmatan air.
Dalam perancangan PR Selangor, sidang DUN ini dijadualkan memakan masa 2 - 3 minggu.
Jika Sidang Khas mendapat perkenan Sultan, adakah patut ia berlansung selama 3 minggu hanya semata-mata untuk membincangkan 3 agenda tersebut? Walhal untuk mesyuarat pertama dan kedua penggal kelima sidang DUN ia hanya mengambil masa seminggu dan maksimum 2 minggu.
Seolah-olah ada muslihat bagi PR, iaitu menyalahgunakan keistimewaan dewan hanya semata-mata untuk memperbesarkan temberang dan pembohongan mereka dalam mendepani 3 isu yang dicipta oleh mereka sendiri.
Khusus kepada perlaksanaan Selangorku Bersih, PR mendakwa wujud 110,000 orang pengundi yang tidak dapat dikesan dalam senarai pemilih SPR di Selangor. Kalau benar berlakunya perkara berkenaan, mengapakah PR Selangor tidak membuat bantahan dan pendengaran awam kepada SPR? Mungkin kerana mereka khuatir dan yakin kerana terpaksa membayar RM100 kepada setiap pemilih, jika pemilih berkenaan tampil untuk membuktikan bahawa mereka adalah pemilih yang sah menurut pewartaan SPR.
Andaian lain terhadap Sidang Khas DUN yang dicadangkan, berkemungkinan kegagalan PR menyediakan Bajet 2013 Negeri Selangor yang kompetetif dan secara relatifnya lebih baik dari Bajet 2013 Persekutuan. Ini bermakna, ia bakal menjadi helah untuk melewat-lewatkan pembentangan Bajet Selangor.
1 comment:
Nak bentangkan program pembersihan daftar pemilih apa sebab 18/9 dulu Khalid gagap dah akui daftar pemilih daripada SPR adalah genuine..mereka perbesarkan isu daftar pemilih ni tak betul dan SPR dijadikan kambing hitam cuma sebagai satu strategi sahaja..:-
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) secara serentak ataupun berasingan dengan pembubaran Parlimen oleh kerajaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perancangan untuk membuat pilihan raya Dun berasingan atau serentak dengan PRU13 merupakan strategi kerajaan negeri namun ini bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan tarikh PRU13.
“Kita tak tahu tarikh pilihan raya yang sebenar… ini adalah jawapan kepada spekulasi, ada baiknya pilihan raya berasingan dan ada baiknya pilihan raya di buat secara bersama… perbincangan ini berdasarkan spekulasi (berhubung tarikh pilihan raya) dan strategi bagaimana kita mahu menghadapinya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengumumkan pendiriannya bahawa Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan negeri-negeri lain pada PRU13.
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjangkakan PRU13 diadakan November berpandukan isyarat yang semakin jelas ditunjukkan oleh Perdana Menteri.
Abdul Khalid berkata: “Kita tengoklah pada strategi, ada baiknya kita buat pilihan raya berasingan… namun ikutlah pada keperluan…jika pilihan raya di buat pada 8 Mac tahun depan, tidak bolehlah kita nak buat pilihan raya berasingan.
“Apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar itu hanyalah strategi pilihan raya bagi pihak kita…sebab orang bertanya (berhubung pilihan raya berasingan) kepada dia…jadi dia pun jawablah,” katanya.
Post a Comment