Tuesday, January 7, 2014

Mentang-mentang Dah Kena Suap RM20,250 Seorang, Exco-Exco PAS Terus Tak Berbunyi


PAS mempunyai 4 orang Exco yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, yang secara perbandingannya (tidak termasuk MB Selangor dari PKR) adalah teramai mengatasi DAP (3) dan PKR (3).

Bagai belum makan sudah kekenyangan disuap dengan RM20,250 sebulan (selepas kenaikan elaun), 4 orang exco ini seolah-olah kehilangan nafsu untuk membela provokasi terhadap bangsa dan agama mereka.

Polemik penggunaan kalimah Allah oleh gereja bagai tidak merasa apa-apa kepada mereka, walhal permainan pihak gereja, meskipun dinafikan sebenarnya ditujukan kepada Sultan Selangor iaitu Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu.


Apakah mereka gelap mata mendapat habuan 3 kali ganda kenaikan elaun (elaun asal RM6,109.29) hingga tidak perasan dengan permainan pihak gereja?

Gereja diatas telah pun memulakan upacara keagamaan dalam Bahasa Melayu, malah menggunakan pula kalimah Allah, meskipun ia adalah salah menurut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

Ini disahkan oleh laporan Malaysiakini.


Tiada langsung peranan yang dimainkan oleh para exco dari PAS dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa mereka di Selangor.

Dimanakah pendirian Iskandar yang merupakan anak seorang penulis dan budayawan Melayu A. Samad Ahmad yang berasal dari Sg Pinang, Klang?

Begitu juga anak Sarawak yang menjadi Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang sebahagian dari kawasannya berada dalam bandar Klang, sepatutnya bangkit bersuara.

Malukah anak-anak keturunan Jawa seperti Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehin Mukhyi untuk mengaku Melayu dan mempertahankan Raja Melayu?

Perlu diingat bahawa pihak gereja sebenarnya adalah dengan sengaja melakukan provokasi terhadap Sultan Selangor dengan memilih Klang memandangkan gereja Our Lady of Lourdes adalah pada kedudukan yang hanya dipisahkan oleh Bukit Istana dengan Istana Alam Shah (Istana Rasmi Kesultanan Selangor). 

Justeru, mereka melakukan upacara dalam Bahasa Melayu dan menggunakan kalimah Allah untuk mencabar Sultan Selangor.

Tidak sedarkah keempat-empat exco tersebut memperolehi watikah perlantikan daripada Sultan?

Dalam pada itu, khusus kepada MB Selangor TS Khalid Ibrahim yang turut memegang portfolio Adat Istiadat Melayu, lupakah anda pada lafaz ikrar dan aku janji kepada Sultan?

1 comment:

Anonymous said...

PAS jadi setan bisu...