Mungkin amat sukar untuk diterima oleh kebanyakan penyokong-penyokong PAS, apatah lagi saf kepimpinan tertinggi PAS yang dikuasai oleh golongan bukan ulamak, namun itulah saranan Aspan Alias, seorang Melayu dan Islam yang tidak ketahuan status keahliannya dalam DAP yang menulis, "Seriously, PAS needs a new life partner to move on," yang anda boleh baca keseluruhan di SINI.
Secara umumnya, Aspan menyimpulkan bahawa kerjasama dengan PAS dengan DAP lebih menguntungkan parti majorti Cina berkenaan dari sudut realisasi politik. Malahan menurutnya lagi, PAS terkial-kial untuk menjawab satu demi satu isu yang membabitkan hal-ehwal Islam dan sebaliknya pula disamping DAP, UMNO turut meraih keuntungan atas isu-isu Islam yang dibangkitkan.
Seperkara yang menarik yang diungkap oleh Aspan ialah,
"Itu sebabnya saya tidak mempunyai rasa minat untuk menentang bertemuan dan perbincangan di antara UMNO dengan PAS dan selesaikan masalah-masalah yang berhubung kait dengan agama dan hal-hal yang lain yang lain yang berhubung dengan negara kita. Jika ia berlaku PAS tidak akan kedengaran lagi ayat-ayat seperti “over my dead body’ dan sebagainya dalam bercakap hal agama Islam ini. Itu semua mengganggu perjuangan parti ini."
No comments:
Post a Comment