Wednesday, January 15, 2014

Khalid Ibrahim Tak Ngaku Singkir Azmin Ali - Tapi Ngaku Tumbangkan Seorang Lagi Pengurusan Kanan PKNS

"Haha.. Sekali tinju 2 orang K.O" - Khalid Ibrahim

Khalid Ibrahim tidak mengaku yang beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan dalam menamatkan perkhidmatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

Sebaliknya beliau menamakan Pengurus Besar Othman Omar sebagai pihak yang membuat keputusan atas penamatan perkhidmatan berkenaan, lapor fz.com yang petikannya seperti berikut;


Menarik sekali dalih Khalid dalam mengenakan Azmin, dengan mengatakan bahawa Othman telah mengutus surat penamatan kepada Azmin dan pada masa yang sama Azmin telah menerimanya (mungkin bermaksud bahawa Azmin telah menandatangani salinan pendua), lantas jemaah exco telah menerima penamatan perkhidmatan berkenaan.

Dalam pada itu, Othman yang terma kontrak perkhidmatan adalah bersifat 'month to month basis' sejak 31 Januari 2013, turut menerima nasib yang serupa seperti Azmin, apabila Khalid turut mengumumkan tiada pembaharuan kontrak terhadap pengurus besar berkenaan yang berakhir pada 31 Januari depan.

Kini Khalid berpuas hati dapat menumbang 2 orang sekali gus dari PKNS!

No comments: