Sunday, April 21, 2013

Ah Jib Gor 'Makan Busat' Bersama Para Taiko Satu Malaya Di Lokasi Sebuah Pulau Di Selangor?

Foto : SG-Bang
Jumaat lepas seorang rakan lama berbangsa Cina yang begitu tegar menyokong DAP menzahirkan kekecewaannya bila adik iparnya (perempuan) akan membawa ibu mertuanya ke majlis makan malam bersama Ah Jib Gor di suatu lokasi, yang difaham olehnya di Pelabuhan Klang.

Kebetulan disebelah malam saya terjumpa status FB (imej bawah) yang mendedahkan majlis yang bakal dihadiri oleh Ah Jib Gor.


Akhirnya, dari beberapa sumber maklumat, ia adalah 'makan busat' yang dianjurkan komuniti Cina yang difaham melibatkan seluruh Semenanjung. Ia berlansung malam tadi (20 April 2013) di Port Klang Free Zone (PKFZ) yang terletak menghadap Selat Melaka di penghujung Pulau Indah (dulu dikenali Pulau Lumut), Pelabuhan Klang.

Seperkara yang perlu difahami, majlis makan besar dalam tradisi Cina adalah membawa pengertian menyajikan makanan lazat, berkhasiat dan sihat kepada tetamu yang diraikan, sebagai tanda penghormatan.

Difahamkan 5,500 meja dan 200 tandas bergerak disediakan dalam ertikata untuk menyambut 55,000 kehadiran komuniti Cina yang khabarnya bukan sahaja dari Selangor, tetapi digerakkan dari seluruh semenanjung.

Tengahari tadi, saya menghubungi calon BN bagi DUN Pelabuhan Klang Dato' Nasaruddin M.Zin untuk mendapatkan maklumat berkenaan 'makan busat' bersama komuniti Cina tersebut. Beliau memaklum 50 meja dikhususkan untuk masyarakat Melayu dari kampung tradisi di pulau berkenaan.

Tambah beliau lagi, hampir 60,000 hadir ke majlis berkenaan, berasaskan meja-meja yang fully-occupied disamping mereka yang berdiri dengan hasrat untuk menatap dan meraikan PM.

Sesungguhnya, signifikan yang tertonjol dari majlis berkenaan adalah petunjuk bahawa berlaku swing dalam kecenderungan komuniti Cina disamping keyakinan penuh komuniti perniagaan kepada Ah Jib Gor.

Sementara jika dilihat dari politik setempat, bagai ada ruang bagi BN mampu merampas semula kerusi parlimen Klang dari DAP. Pertembungan PRU13 kali ini adalah antara penyandang jawatan Charles Santiago dengan Pengerusi BN Klang Dato' Dr Teh Kim Poo.

Kebetulan pula diperingkat DUN Pelabuhan Klang, MB TS Khalid Ibrahim (PKR) akan dicabar oleh Nasaruddin, yang seterusnya akan memulakan turning point kepada tumbangnya Khalid di Pelabuhan Klang.

Kemungkinan, pertemuan Ah Jib Gor dan para taiko adalah untuk memetri ikatan antara mereka yang membuka lembaran baru 'MOU Pulau Indah'?

Pastinya perkembangan menarik ini amat merunsingkan Lim Kit Siang di Gelang Patah.

No comments: