Khalid Ibrahim sudah mula minta persen. Khalid minta 5% dari hasil tahunan Pelabuhan Klang yang didakwanya berjumlah RM30 bilion seperti dilaporkan oleh portal Media Selangorku.
Bila bab angka ini, rakyat kawasan DUN Pelabuhan Klang jangan mudah terpedaya dengan permainan angka Khalid Ibrahim.
Sejak dakwaan royalti pasir Selangor yang boleh dikutip oleh Kerajaan PR Selangor sebanyak RM150 juta setahun yang akhirnya tidak pernah mencapai sasaran semasa pentadbiran Khalid, sukar untuk kami di blog Akar Umbi untuk percaya dengan permainan angka Khalid.
Janji kutipan royalti pasir RM150 juta telah diminitkan dalam hansard sidang DUN dan boleh dirujuk di bawah.
Kerajaan PR dibawah pimpinan Khalid mendakwa BN tidak cekap kerana hanya mampu mengutip RM17 juta setahun.
Akhirnya setelah memerintah selama 5 tahun, angka RM150 juta setahun tidak pernah tercapai. Puncanya adalah kesilapan formula. Mereka mengira royalti pasir berasaskan RM2 X tan metrik, walhal kadar royalti pasir sebenar ialah RM2 X meter padu. Jadi, sampai hari kiamat pun tak akan dapat RM150 juta kalau kadar pengeluaran dan kadar royalti tetap pada angka yang sama.
Itulah hakikat kebodohan mereka, bila ukuran nilai 1 meter padu adalah bersamaan dengan 1.6 - 1.8 tan metrik.
Berbalik kepada dakwaan hasil tahunan Pelabuhan Klang yang berjumlah RM30 bilion, Khalid tidak pula menyatakan dari sumber mana.amaun tersebut diperolehi.
Bagi kami, mungkin Khalid merujuk kepada hasil pengendalian operasi pelabuhan, kutipan duti dan eksais, cukai taksiran dan lain-lain bentuk hasil yang diraih oleh kerajaan Persekutuan dan Selangor.
Kami yakin bahawa Khalid merujuk hasil mahsul ini adalah untuk keseluruhan Pelabuhan Klang. Namun begitu, Khalid sebenar jahil dan tidak sedar bahawa jika beliau merujuk kepada Pelabuhan Klang secara keseluruhan maka itu menunjukkan kesilapannya dalam memberi fakta.
Hakikat yang perlu diketahui, Pelabuhan Klang dari segi geografi adalah berbeza dari persempadanan kawasan DUN. Kalau benar pengagihan hendak dibuat terhadap 5% hasil Pelabuhan Klang, ia semestinya dikongsi oleh 3 kawasan, iaitu kawasan-kawasan DUN Sementa, Selat Klang dan Pelabuhan Klang.
Khalid sepatutnya malu kerana jahil dan tidak bermaklumat bila menganggap keseluruhan aset Pelabuhan Klang adalah dibawah DUN Pelabuhan Klang kawasan baru yang ditandinginya.
Khalid sepatutnya malu kerana jahil dan tidak bermaklumat bila menganggap keseluruhan aset Pelabuhan Klang adalah dibawah DUN Pelabuhan Klang kawasan baru yang ditandinginya.
Inilah kelemahan Khalid, yang hanya pandai memberikan angka tetapi tidak dapat memberikan butiran kepada kita. Pendedahan olehnya adalah lebih bersifat untuk menimbulkan kekeliruan.
Satu soalan cepumas untuk Khalid, andai anda betul-betul sayangkan rakyat kawasan DUN Pelabuhan Klang, berapakah amaun yang anda agihkan kepada mereka melalui hasil dividen pegangan saham Tabung Warisan Negeri Selangor yang memegang 4.74% (RM22,304,429) dalam NCB Holdings Bhd (pengendali pelabuhan utara - Northport) sepanjang anda menjadi MB Selangor?
Sumber : NCB |
Cakap tak serupa bikin Khalid Ibrahim ini tidak melayakkan beliau untuk dilantik semula sebagai MB Selangor, malah turut tidak layak untuk menjadi ADUN Pelabuhan Klang.
No comments:
Post a Comment