Wednesday, April 24, 2013

Penghulu Memberontak Letak Jawatan Menjelang 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat Di Selangor Akhirnya Jadi Calon BN Selat Klang

Menjelang Perayaan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor (selepas PRU12), Faisal Yahya (foto sebelah) memberontak dengan caranya yang tersendiri.

Faisal nekad meletakkan jawatan sebagai penjawat awam Selangor (Penghulu) kerana apabila ditekan oleh Exco Kerajaan Negeri Yaakob Sapari supaya menghantar anak mukim dengan beberapa buah bas ke majlis berkenaan.

Setelah berkhidmat selama 22 tahun (1986 -2008) sebagai Penghulu Mukim di Rantau Panjang, Klang dan Telok Panglima Garang, Faisal meninggalkan perkhidmatan awam Selangor lantaran tidak serasi dengan pentadbiran PR Selangor.

Dengan pengalaman sebagai penghulu serta kesebatian jiwanya dalam khidmat masyarakat akhirnya menjadi kriteria dalam pemilihannya sebagai calon BN di kampung kelahirannya di kawasan DUN Selat Klang.

Faisal akan berdepan dengan penyandang jawatan Dr Halimah Ali (PAS) yang berasal dari Sarawak pada PRU13 yang bakal berlansung pada 5 Mei 2013.

Memiliki ijazah Komunikasi Massa dari UiTM, Faisal adalah anak tempatan Selat Klang yang bertanding di kawasan berkenaan, semenjak kewujudan kawasan berkenaan pada tahun 1974.

Tekad Faisal kini ialah untuk mengembalikan Selangor kepada pemerintahan BN.

No comments: