Wednesday, August 21, 2013

Husam Musa Tolak Tawaran MB Kelantan - Sebaliknya Dedah Kepincangan Kerajaan Negeri


Ego Husam Musa yang telah tidak dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sejurus selepas PRU13 semakin terserlah.

Mungkin didorong oleh kekecewaannya tidak dilantik semula sebagai Exco, Husam Musa dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider mengumumkan penolakan terhadap perlantikan sebagai pengerusi 2 GLC Negeri Kelantan.

Tawaran keatas Husam ialah sebagai pengerusi untuk Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation.

Sebaliknya bagai serangan balas terhadap keatas kerajaan negeri Kelantan, Husam mendedahkan kepada portal berkenaan, PMBK Sawit (GLC Negeri Kelantan) telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga Jun tahun ini.

"Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga amanah ini dengan sebaiknya.

"Saya juga ingin merakamkan rasa hairan bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak ditukarkan," kata Husam.

KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang meragukan berlaku.

Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai juga mengalami kerugian, beritahu beliau.

"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah Husam memberikan cadangan.

No comments: